- 2 -
الإمام ناصر محمد اليماني
Al-Imam Naser Mohammed Al-Yamani
19 - 07 - 1430 هـ
12 - 07 - 2009 مـ
11:59 مساءً
ــــــــــــــــ
المهديّ المنتظَر يؤتيه الله البيان الشامل والكامل للقُرآن العظيم..
Al-Mahdi Al-Muntazhar Dianugerahi Oleh Allah Bayan Yang Menyeluruh Dan Lengkap Bagi Al-Qur'an Yang Agung..
بسم الله الرحمن الرحيم
{الرَّحْمَنُ (1) عَلَّمَ الْقُرْآنَ (2) خَلَقَ الإِنسَانَ (3) عَلَّمَهُ الْبَيَانَ (4)} [الرحمن].
{وَيَقُولُ الَّذِينَ كَفَرُواْ لَسْتَ مُرْسَلاً قُلْ كَفَى بِاللّهِ شَهِيداً بَيْنِي وَبَيْنَكُمْ وَمَنْ عِندَهُ عِلْمُ الْكِتَابِ}[الرعد: 43].
{ن وَالْقَلَمِ وَمَا يَسْطُرُونَ (1) مَا أَنتَ بِنِعْمَةِ ربّك بِمَجْنُونٍ (2) وَإِنَّ لَكَ لَأَجْراً غَيْرَ مَمْنُونٍ (3) وَإِنَّكَ لَعَلى خُلُقٍ عَظِيمٍ (4) فَسَتُبْصِرُ وَيُبْصِرُونَ (5) بِأَييِّكُمُ الْمَفْتُونُ (6) إِنَّ ربّك هُوَ أَعْلَمُ بِمَن ضَلَّ عَن سَبِيلِهِ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ (7)}[ن].
{الَّذِي خَلَقَ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضَ وَمَا بَيْنَهُمَا فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ الرَّحْمَنُ فَاسْأَلْ بِهِ خَبِيراً}[الفرقان: 59].
صـــدق الله العظيــــم
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Ar-Rahmaan (Tuhan Yang Maha Pemurah) (1) Dia-lah yang telah mengajarkan Al-Qur’an (2) Dia menciptakan manusia (Al-Insan) (3) Dia-lah yang mengajarnya bayan (4)
(Ar-Rahman)
Berkatalah orang-orang kafir: "Kamu bukan seorang yang dijadikan Rasul". Katakanlah: "Cukuplah Allah menjadi saksi antaraku dan kamu dan antara orang yang mempunyai ilmu Al Kitab". (43)
(Ar-Ra'd)
Nuun, demi kalam dan apa yang mereka tulis, (1) berkat ni’mat Tuhanmu kamu [Muhammad] sekali-kali bukan orang gila. (2) Dan sesungguhnya bagi kamu benar-benar pahala yang besar yang tidak putus-putusnya. (3) Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung. (4) Maka kelak kamu akan melihat dan mereka [orang-orang kafir]pun akan melihat, (5) siapa di antara kamu yang gila. (6) Sesungguhnya Tuhanmu, Dia-lah Yang Paling Mengetahui siapa yang sesat dari jalan-Nya; dan Dia-lah Yang Paling Mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk. (7)
(Al-Qalam)
Yang menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada antara keduanya dalam enam masa, kemudian Dia bersemayam di atas ’Arsy [1], [Dialah] Yang Maha Pemurah, maka tanyakanlah [tentang Allah] kepada yang lebih mengetahui. (59)
(Al-Furqon)
Maha Benar Allah
والصلاة والسلام على خاتم الأنبياء والمُرسلين النَّبيّ الأميّ الأمين وآله الطيبين الطاهرين والتابعين للحقّ إلى يوم الدين..
Sholawat dan salam ke atas Penutup Para Nabi dan Rasul, seorang Nabi yang ummi lagi terpercaya, beserta keluarga baginda yang suci lagi mulia dan ke atas para pengikut kebenaran hingga hari Pembalasan..
سبق وأن افتيناكم كيف تعرفون المهديّ المنتظَر خليفة الله من البيت المُطهر إذا حضر، فعلَّمناكم أن الله يؤتيه البيان الشامل والكامل للقُرآن العظيم حتى يجعل الله البيان الحقّ للذكر حجَّة المهديّ المنتظَر على البشر جميعاً وعلى كافة عُلماء المُسلمين والنصارى واليهود فلا يُحاجّه عالمٌ من القُرآن إلا غلبه بإذن الله بأحسن بيانٍ وأحسن تفسيراً للقرآن العظيم.
Sesungguhnya kami telah menfatwakan kepada kalian sebelum ini, bagaimana kalian dapat mengenal Al-Mahdi Al-Muntazhar, Khalifah Allah dari kalangan ahlul bayt yang suci tatkala Al-Mahdi hadir.
Sesungguhnya kami telah memberitahukan kepada kalian bahawa Allah SWT telah menganugerahi Al-Mahdi bayan –keterangan- yang menyeluruh dan lengkap terhadap Al-Qur'an yang agung, supaya Allah SWT menjadikan bayan yang haq terhadap Al-Qur'an itu sebagai hujjah bagi Al-Mahdi A-Muntazhar dan seluruh kaum Muslimin, kaum Nasrani dan Yahudi.
Maka tiada seorang alim pun menghujjah Al-Mahdi, melainkan Al-Mahdi pasti mematahkan hujjahnya dengan izin Allah, dengan keterangan dan tafsiran yang lebih baik terhadap Al-Qur'an yang agung.
ويستطيع المهديّ المنتظَر الحقّ من ربّكم أن يحكم بين جميع عُلماء المُسلمين في ما كانوا فيه يختلفون فيحكمُ بينهم من القُرآن العظيم؛ كم عدد الصلوات المفروضات، وكذلك يحكمُ بينهم من القرآن العظيم كم عدد الركعات في كُل صلاة ويحكم بينهم من محكم القرآن العظيم في صلاة القصر ويُفصّل الصلوات المفروضات من الكتاب؛ من ذات القرآن العظيم تفصيلاً حتى يثبت أن لله مائة اسمٍ لا شك ولا ريب برغم أن جميع المُسلمين يظنون أن الله لم يذكر عدد الركعات في القرآن العظيم برغم أن الله ذكرها وفصَّلها تفصيلاً، ووعدٌ علينا بإذن الله وعداً غير مكذوب لنأتيَّنكم بالحكم الحقّ من القرآن العظيم في قلب وذات الموضوع وليس بالقياس ولا بالاجتهاد الذي يحمل الصح والخطأ.
Imam Mahdi yang haq dari Tuhan kalian mampu untuk menetapkan keputusan hukum di antara seluruh alim-ulama kaum Muslimin, pada segala sesuatu yang mereka perselisihkan.
Maka Imam Mahdi menetapkan keputusan hukum di antara mereka dari Al-Qur'an yang agung, mengenai berapa jumlah bilangan Sholat Fardlu, begitu juga Imam Mahdi menetapkan keputusan di antara mereka dari Al-Qur'an yang agung mengenai berapa bilangan raka'at bagi setiap sholat, Imam Mahdi menetapkan hukum di antara mereka dari muhkam Al-Qur'an yang agung, mengenai sholat Qoshor dan Imam menjelaskan Sholat Fardlu dari Kitabullah dengan sejelas-jelasnya.
Ianya berupa penjelasan dari kitab Al-Qur'an itu sendiri dengan sejelas-jelasnya sehinggalah Imam menetapkan bahawa Allah SWT memiliki 100 nama tanpa syak dan ragu lagi, betapapun seluruh kaum Muslimin menyangka bahawa Allah SWT tidak menyebutkan bilangan raka'at dalam Al-Qur'an yang mulia, padahal Allah SWT telah menyatakannya dan menjelaskannya dengan terperinci
!
Inilah janji yang pasti kami tepati, sebuah janji tanpa ada kedustaan, sungguh kami akan mendatangkan keputusan hukum yang haq dari Al-Qur'an yang agung, langsung pada inti dari tajuk persoalan itu dari Al-Qur'an, bukan dengan qias ataupun ijtihad yang terdapat kebenaran dan kesalahan padanya.
وأقسمُ بالله العظيم، لو يجيب دعوة الإمام المهديّ المنتظَر علماء المُسلمين لحكمتُ بينهم في جميع ما كانوا فيه يختلفون من القرآن حتى أجعلهم بإذن الله بين خيارين لا ثالث لهم إمّا أن يصدِّقوا بالحقّ من ربّهم ثم لا يجدوا في صدورهم حرجاً من الاعتراف بالحقّ من ربّهم فيُسلموا تسليماً أو يكفروا بكتاب الله وسنة رسوله الحقّ فيستمسكوا بكُل ما خالف لكتاب الله وسنة رسوله ثم يحكمُ الله بيني وبينهم بالحقّ وهو أسرع الحاسبين.
Aku bersumpah demi Allah yang Maha Agung, sekiranya para alim-ulama menyambut seruan dakwah Al-Imam Al-Mahdi Al-Muntazhar, pasti aku hukumi di antara mereka dalam setiap perkara yang mereka perselisihkan dari Al-Qur'an, sehinggalah aku menjadikan untuk mereka berada di antara dua pilihan dengan izin Allah, tiada pilihan yang ketiga.
Yakni sama ada mereka membenarkan dan percaya terhadap kebenaran dari Tuhan mereka, lalu mereka tidak merasa di dalam hati mereka ada sesuatu keberatan untuk mengakui kebenaran dari Tuhan mereka dan mereka menerima dengan sepenuhnya, ataupun mereka mengingkari Kitabullah dan Sunnah Rasul-Nya yang haq, lalu mereka tetap berpegang teguh pada semua perkara yang bertentangan dengan Kitabullah dan Sunnah Rasul-Nya, maka Allah-lah yang akan menetapkan suatu keputusan antara aku dan mereka dengan haq, sedang Dia-lah yang Maha Cepat membuat perhitungan.
وأقسمُ بالله العظيم أنهُ لم يعلم باسم الله الأعظم قبل المهديّ المنتظَر جميع عبيد الله في السماوات والأرض والذي جعله الله سرّ في ذات نفسه لن يحيط به إلا المهديّ المنتظَر الحقّ ولذلك قال الله تعالى لنبيه الكريم:{الَّذِي خَلَقَ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضَ وَمَا بَيْنَهُمَا فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ الرَّحْمَنُ فَاسْأَلْ بِهِ خَبِيراً}صدق الله العظيم [الفرقان].
Aku bersumpah demi Allah yang Maha Agung, bahawasanya seluruh hamba Allah di langit dan bumi tidak ada yang tahu Nama Terbesar Allah sebelum Al-Mahdi Al-Muntazhar, yang mana Allah telah menjadikan nama-Nya itu sebagai rahasia di dalam Diri-Nya, tidak akan ada yang mengetahui mengenai Nama itu kecuali Al-Mahdi Al-Muntazhar yang sejati, kerana itulah Allah SWT berfirman kepada Nabi-Nya yang mulia:
Yang menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada antara keduanya dalam enam masa, kemudian Dia bersemayam di atas ’Arsy, [Dialah] Yang Maha Pemurah, maka tanyakanlah [tentang Allah] kepada yang lebih mengetahui. (59)
Maha Benar Allah
(Al-Furqon)
{ن وَالْقَلَمِ وَمَا يَسْطُرُونَ (1) مَا أَنتَ بِنِعْمَةِ ربّك بِمَجْنُونٍ (2) وَإِنَّ لَكَ لَأَجْراً غَيْرَ مَمْنُونٍ (3) وَإِنَّكَ لَعَلى خُلُقٍ عَظِيمٍ (4) فَسَتُبْصِرُ وَيُبْصِرُونَ (5) بِأَييِّكُمُ الْمَفْتُونُ (6) إِنَّ ربّك هُوَ أَعْلَمُ بِمَن ضَلَّ عَن سَبِيلِهِ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ (7)} صدق الله العظيم [ن].
Nuun, demi kalam dan apa yang mereka tulis, (1) berkat ni’mat Tuhanmu kamu [Muhammad] sekali-kali bukan orang gila. (2) Dan sesungguhnya bagi kamu benar-benar pahala yang besar yang tidak putus-putusnya. (3) Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung. (4) Maka kelak kamu akan melihat dan mereka [orang-orang kafir]pun akan melihat, (5) siapa di antara kamu yang gila. (6) Sesungguhnya Tuhanmu, Dia-lah Yang Paling Mengetahui siapa yang sesat dari jalan-Nya; dan Dia-lah Yang Paling Mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk. (7)
Maha Benar Allah
ويا أبا وهبي لقد جاءك من ربّك الحقّ، وقال الله تعالى:{فَمَاذَا بَعْدَ الحقّ إِلَّا الضَّلالُ} صدق الله العظيم [يونس: 32]. فتذكر قول الله تعالى:{إِنَّ الَّذِينَ اتَّقَوْا إِذَا مَسَّهُمْ طَائِفٌ مِنَ الشَّيْطَانِ تَذَكَّرُوا فَإِذَا هُمْ مُبْصِرُونَ} صدق الله العظيم[الأعراف:201].
Wahai saudara Abu Wahbi, sesungguhnya kebenaran telah datang kepadamu, Allah SWT berfirman: maka tidak ada sesudah kebenaran itu, melainkan kesesatan.
Maha Benar Allah
(Yunus)
Ingatlah firman Allah SWT: Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa bila mereka ditimpa was-was dari syaitan, mereka ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat kesalahan-kesalahannya. (201)
Maha Benar Allah
(Al-A'raaf)
والحمدُ لله الذي لم يلجئني لنصرة أحدٍ من الناس أجمعين؛ بل سوف يظهرني في ليلةٍ واحدةٍ على كافة البشر بكوكب سقر وهم صاغرون؛ جميع عُبّاد الأنبياء من النصارى والمُسلمين، وأما شياطين البشر من اليهود فحتى ولو علموا أني المهديّ المنتظَر الحقّ من ربّهم لما زادهم معرفة الحقّ من ربّهم إلا رجساً إلى رجسهم حسداً من عند أنفسهم بعدما تبيّن لهم أنهُ الحقّ من ربّهم، وتذكروا قول الله تعالى: {وَمَا كَانَ اللَّهُ لِيُضِلَّ قَوْماً بَعْدَ إِذْ هَدَاهُمْ حَتَّى يُبَيِّنَ لَهُمْ مَا يَتَّقُونَ إِنَّ اللَّهَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ} صدق الله العظيم [التوبة: 115].
Segala puji bagi Allah yang tidak membuatkanku bersikeras mengharap pertolongan sesiapapun dari kalangan manusia seluruhnya, namun Dia akan mendhahirkanku kepada seluruh manusia hanya dalam satu malam dengan Planet Saqor, sedang mereka semua tertunduk patuh, yakni seluruh penyembah para Nabi dari kalangan kaum Nasrani dan kaum Muslimin.
Adapun syaitan-syaitan manusia dari kalangan Yahudi, sekalipun mereka telah mengetahui bahawa aku adalah Al-Mahdi Al-Muntazhar yang haq dari Tuhan mereka, tetap sahaja tidak akan menambah ilmu pengetahuan mereka terhadap kebenaran yang telah datang dari Tuhan mereka melainkan bertambah kafir di samping kekafiran sedia ada mereka, kerana kedengkian yang ada pada diri mereka sendiri setelah jelas bagi mereka bahawa ini adalah kebenaran yang datang dari Tuhan mereka.
Ingatlah kalian semua firman Allah SWT:
Dan Allah sekali-kali tidak akan menyesatkan suatu kaum, sesudah Allah memberi petunjuk kepada mereka hingga dijelaskan-Nya kepada mereka apa yang harus mereka jauhi. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. (115)
Maha Benar Allah
(At-Taubah)
وسلامُ على المُرسلين، والحمدُ لله ربّ العالمين..
الامام المهدي ناصر محمد اليماني.
Salam sejahtera ke atas para Rasul dan segala puji
bagi Allah Tuhan Semesta Alam..
Al-Imam Al-Mahdi, Naser Mohammed Al-Yamani.
ــــــــــــــــــــ
sumber:
https://albushra-islamia.org./showthread.php?t=1904
https://albushra-islamia.org./showthread.php?t=16168
اقتباس المشاركة 223797 من موضوع Balasan Imam Mahdi Kepada Abu Wahbi..
اضغط هنا لقراءة البيان المقتبس..