الموضوع: Kelak Matahari Akan Mendapatkan Bulan, Idrak Yang Terbesar Pada Hilal Muharram Bagi Tahun Baru 1436 H, Maka Jadilah Kalian Semua Sebagai Saksi

النتائج 1 إلى 2 من 2
  1. Exclamation Kelak Matahari Akan Mendapatkan Bulan, Idrak Yang Terbesar Pada Hilal Muharram Bagi Tahun Baru 1436H, Maka Jadilah Kalian Semua Sebagai Saksi


    -1-

    [ لمتابعة رابط المشاركـــــــــــــة الأصليّة للبيــــــــــــــان ]
    Untuk melihat postingan asal bayan ini

    الإمام ناصر محمد اليماني
    Al-Imam Naser Mohammed Al-Yamani
    25 - 12 - 1435 هـ
    19 - 10 - 2014 مـ
    06:18 صباحاً
    ـــــــــــــــــــ



    سوف تدرك الشمس القمر الإدراك الأكبر في هلال محرم للعام الجديد 1436فكونوا على ذلك من الشاهدين يا معشر المسلمين..

    Kelak Matahari Akan Mendapatkan Bulan, Idrak Yang Terbesar Pada Hilal Muharram Bagi Tahun Baru 1436 H, Maka Jadilah Kalian Semua Sebagai Saksi Terhadap Yang Demikian Ini Wahai Sekalian Muslimin..




    بسم الله الرحمن الرحيم، والصلاة والسلام على كافة الأنبياء والمرسلين وآلهم الطيبين من أولهم إلى خاتمهم محمد رسول الله ومن تبعهم بإحسانٍ إلى يوم الدين، أمّا بعد..

    Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, sholawat dan salam ke atas seluruh Nabi dan Rasul beserta keluarga mereka yang baik, dari yang awal hingga yang akhir penutup mereka Muhammad Rasulullah, beserta para pengikut mereka dengan ihsan hingga Hari Pembalasan
    amma ba'd..


    من الإمام المهديّ المنتظَر إلى كافة علماء الفلك في البشر وإلى كافة خطباء المنابر وإلى كلّ مسلمٍ وكافرٍ..
    أَشهد لله الواحد القهّار الذي خلق الجانّ من مارجٍ من نارٍ وخلق الإنسان من صلصالٍ كالفخار أنّ الشمس سوف تدرك القمر الإدراك الأكبر في هلال محرم للعام الجديد 1436 فيولد هلال محرم من قبل الكسوف فتجتمع به الشمس في الكسوف المنتظر وقد هو هلال.

    Dari Al-Imam Al-Mahdi Al-Muntazhar kepada seluruh ulama falak kalangan manusia, juga kepada seluruh khatib di mimbar-mimbar dan kepada seluruh muslim dan kafir..

    Aku bersaksi kerana Allah Yang Maha Esa lagi Maha Mengalahkan, yang telah menciptakan jinn dari nyala api dan menciptakan manusia dari tanah kering seperti tembikar, sesungguhnya kelak matahari akan mendapatkan bulan, idrak yang terbesar pada hilal Muharram bagi tahun baru 1436H di mana hilal Muharram akan terbit sebelum kusuf, dan matahari bertemu (ijtima') dengan bulan pada waktu kusuf yang dinanti dan muncul hilal.


    وربّما يودّ العالم الفلكي ملهم هندي أو خالد الزعاق أو محمد عودة أو كافة علماء الفلك أن يقولوا: "مهلاً مهلاً يا من يزعم أنّه المهديّ المنتظَر فنحن علماء الفلك أعلم بحركة الشمس والقمر من كافة علماء المنابر، وبما أنّ هذا البيان الثاني لمن يزعم أنّه المهديّ المنتظَر وتفتي فيه البشرَ أنّ هلال محرم لعام 1436 سوف يولد من قبل الكسوف المنتظر نهاية ذي الحجّة فتجتمع به الشمس وقد هو هلال فالسؤال الموجّه لمن يزعم أنّه المهديّ المنتظَر هو؛ فبما أنّ هذه الفتوى الثانية منك يا ناصر محمد حول ميلاد هلال محرم لعام 1436 بأنّه سوف يولد من قبل الكسوف المنتظر فتجتمع به الشمس وقد هو هلال ونحن كافة علماء الفلك نفتي أنّ هلال محرم لعام 1436 سوف يولد من بعد الكسوف وناصر محمد يقول من قبل الكسوف بسبب أنّ الشمس أدركت القمر تصديقاً لأحد أشراط الساعة الكبرى حسب فتوى ناصر محمد اليماني والسؤال الموجّه إليك يا ناصر محمد اليماني هو: متى سوف تكون ولادة هلال محرم لعام 1436؟".

    Barangkali ahli falak Mulham Hindi, Khalid Az-Za'aq, Mohammed Audah, atau semua ilmuwan astronomi (ahli falak) mahu mengatakan:

    “Nanti dulu, tenang wahai orang yang mengaku Al-Mahdi Al-Muntazhar, kami para ilmuwan astronomi lebih tahu dari semua ulama mimbar mengenai pergerakan matahari dan bulan, memandangkan bayan ini adalah bayan yang kedua oleh orang yang mengaku dirinya Al-Mahdi Al-Muntazhar, yang menyatakan dalam bayan ini kepada manusia bahawa hilal Muharram bagi tahun 1436H akan terbit sebelum kusuf yang di tunggu pada akhir Dzulhijjah, di mana matahari akan berkumpul dengan bulan dan hilal muncul”.

    “Jadi, soalan yang ditujukan kepada yang mengaku Al-Mahdi Al-Muntazhar ialah; Oleh kerana fatwa yang kedua darimu ini wahai Naser Mohammed, mengenai kelahiran bulan baru (hilal) bagi tahun 1436H, yang akan lahir sebelum kusuf yang ditunggu, di mana matahari akan berkumpul dengan bulan sedang hilal telah muncul, padahal kami seluruh ulama falak menfatwakan bahawa hilal Muharram bagi tahun 1436H akan lahir setelah kusuf, manakala Naser Mohammed pula mengatakan sebelum kusuf disebabkan matahari telah mendapatkan bulan -sebagai pembenaran terhadap satu dari tanda-tanda besar Kiamat menurut fatwa Naser Mohammed Al-Yamani-, persoalannya: Bilakah terjadinya kelahiran hilal Muharram bagi tahun 1436H
    ?”.


    فمن ثم يردُّ المهديّ المنتظَر ناصر محمد اليماني على كافة السائلين وأقول: سوف يولد هلال محرم للعام الجديد 1436 ليلة الخميس وتجتمع به الشمس وقد هو هلال ليلة الجمعة والله على ما أقول شهيدٌ ووكيلٌ. وسبق الإعلان في بيانٍ قبل هذا عن إحدى ليالي البدر الأولى بأنّها الجمعة، وكنت منتظراً من العالم الفلكي ملهم هندي أن يلقي بالسؤال إلى ناصر محمد اليماني ويقول: "يا ناصر محمد لقد علمنا من فتواك أنّ هلال محرم للعام الجديد 1436 سوف يولد من قبل ليلة الجمعة واستنبطنا ذلك من خلال قولك سوف يولد هلال محرم من قبل الكسوف، ونراك جعلت ليلة وميقات ميلاد هلال محرم مبهمَ الوقت والتاريخ لتحتفظ بسرّ الإدراك لنفسك حتى تقيم على علماء الفلك الحجّة في كلّ مرةٍ لكون فتواك السابقة تقول فيها وسوف يولد هلال محرم لعام 1436 من قبل الكسوف فتجتمع به الشمس وقد هو هلال ليلة الجمعة، ولن نحرجك لبيان سرّ الإدراك، ولكن عليك أن تقيم علينا الحجّة يا ناصر محمد وتفتينا عن القمر البدر ليلة السبت فنحن كافة علماء الفلك جميعاً دون أي اختلاف بين اثنين نؤكد أنّ القمر البدر لليلة السبت لشهر محرم لعام 1436 هي ليلة الخامس عشر من شهر محرم 1436".

    Untuk itu Al-Mahdi Al-Muntazhar Naser Mohammed Al-Yamani menjawab kepada semua yang bertanya, aku katakan:

    Kelak hilal Muharram bagi tahun 1436 akan lahir pada malam Khamis, dan matahari akan ijtima' dengan bulan sedang hilal telah muncul pada malam Jumaat, dan Allah Maha Menyaksikan dan Maha Melindungi terhadap apa yang aku katakan.


    Pada keterangan sebelum ini telah ada pengumuman mengenai suatu malam dari malam-malam bulan penuh yang awal, bahawa ianya adalah pada hari Jumaat, dan aku menunggu ilmuwan astronomi Mulham Hindi untuk bertanya kepada Naser Mohammed Al-Yamani dengan pertanyaan:

    “Wahai Naser Mohammed, kami telah mengetahui dari fatwamu bahawa hilal Muharram bagi tahun 1436 kelak akan lahir sebelum malam Jumaat, dan kami menyatakan demikian berdasarkan ucapanmu hilal Muharram kelak akan lahir sebelum kusuf, dan kami lihat engkau telah menjadikan malam dan waktu lahir hilal Muharram itu tidak jelas waktunya begitu juga tanggal (tarikh), supaya engkau dapat menjadikan rahsia idrak hanya untuk dirimu sampai engkau menegakkan hujjah terhadap ulama falak pada setiap kali ia terjadi”.


    “Memandangkan pada fatwamu yang lalu engkau mengatakan kelak hilal Muharram bagi tahun 1436 akan lahir sebelum kusuf, maka matahari akan berijtima' dengan bulan sementara hilal telah muncul pada malam Jumaat, kami tidak akan menyusahkanmu untuk menjelaskan rahsia idrak, akan tetapi engkau mesti menegakkan hujjah terhadap kami wahai Naser Mohammed, dengan berfatwa mengenai bulan penuh pada malam Sabtu kerana kami ulama falak semua sepakat bahawa bulan penuh untuk malam Sabtu bagi Muharram tahun 1436 adalah pada malam yang ke lima belas bulan Muharram 1436H
    ”.



    فمن ثم يردُّ الإمام المهدي ناصر محمد اليماني وأقول للعالم الفلكي ملهم محمد هندي وللعالم الفلكي خالد الزعاق وللعالم الفلكي محمد عودة ولكافة علماء الفلك ونقول: عليكم أن تراقبوا القمر البدر لليلة السبت ليلة منتصف شهر محرم في حسابكم أنتم حسب تقاريركم، فتراقبوا غروب القمر البدر صباح السبت وحتماً سوف تجدوا قمر ليلة السبت حقاً تأخّر عن غروبه المعلوم لديكم في حساباتكم، فمن ثمّ تبرِئُوا ذمّتكم أمام الله وأمام أمّتكم فتعترفوا بالخلل الفلكيّ وأنكم حقاً وجدتم قمر ليلة النصف تأخّر في غروبه لا شك ولا ريب، فمن ثم تعترفوا أنّه لا بدّ أنّ هلال محرم لعام 1436 ولد من قبل الكسوف واجتمعت به الشمس وقد هو هلال وأنّ هذا لا ينبغي له أنْ يحدث منذ أن خلق الله السماوات والأرض. تصديقاً لقول الله تعالى:
    {لَا الشَّمْسُ يَنْبَغِي لَهَا أَنْ تُدْرِكَ الْقَمَرَ وَلَا اللَّيْلُ سَابِقُ النَّهَارِ وَكُلٌّ فِي فَلَكٍ يَسْبَحُونَ} صدق الله العظيم [يس:40]. حتى يدخل عمر الحياة الدنيا في عصر أشراط الساعة الكبرى فمن ثمّ تدرك الشمس القمر فيولد الهلال من قبل الاقتران فتجتمع به الشمس وقد هو هلال إلى ما يشاء الله تدرك الشمس القمر في أوّل الشهر، فمن ثم يسبق الليل النهار بطلوع الشمس من مغربها بسبب مرور ما يسمونه الكوكب العاشر نيبيرو.

    Oleh itu, Al-Imam Al-Mahdi Naser Mohammed Al-Yamani membalas dan aku katakan pada ulama falak Mulham Mohammad Hindi, Khalid Az-Za'aq, Mohammed Audah, dan seluruh ilmuwan astronomi, kami katakan:

    Kalian mesti menunggu bulan penuh pada malam Sabtu, malam pertengahan bulan Muharram pada hitungan yang ada pada kalian menurut keputusan kalian, dan tunggulah terbenamnya bulan penuh pada waktu pagi (Shubuh) Sabtu, maka pasti kelak kalian akan mendapati bulan malam Sabtu benar-benar lewat waktu terbenamnya daripada waktu terbenam yang kalian sedia memakluminya dalam perhitungan kalian.


    Setelah itu bebaskanlah tanggungjawab kalian di hadapan Allah dan di hadapan bangsa kalian dengan mengakui ketidakaturan dan kejanggalan mengenai falak, di mana kalian benar-benar mendapati bulan malam pertengahan lambat terbenam tanpa syak dan ragu lagi, lalu mengakui bahawa hilal Muharram bagi tahun 1436 tentu telah lahir sebelum kusuf, kerana matahari telah berkumpul dengan bulan dan hilal telah muncul, dan demikian ini tidak sepatutnya terjadi sejak Allah menciptakan langit dan bumi, pembenaran terhadap firman Allah Ta'ala:

    Tidaklah mungkin bagi matahari mendapatkan bulan dan malampun tidak dapat mendahului siang. Dan masing-masing beredar pada garis edarnya. (40)
    Maha Benar Allah
    [Yasin]


    Sehinggalah umur kehidupan ini masuk pada masa tanda-tanda besar Kiamat, baru setelah itu matahari akan mendapatkan bulan dan lahir bulan baru sebelum konjungsi (ijtima'), di mana matahari bertemu dengan bulan dan hilal telah muncul, sehingga sampai pada waktu yang dikehendaki Allah, matahari mendapatkan bulan pada awal bulan, lalu kemudian malam akan mendahului siang dengan terbitnya matahari dari barat disebabkan lintasan apa yang kalian sebut sebagai Kaukab Al-'Asyir (planet kesepuluh) Nibiru.


    وإنّما تدرك الشمس القمر نذيراً للبشر من قبل أن يسبق الليل النهار لكون آية الإدراك سوف تتبيّن لكم بأنّها الحقُّ على الواقع الحقيقي لا شكّ ولا ريب، فمن ثم تعلنون بشهادتكم بالحقّ فيما يخصّكم فقط يا معشر علماء الفلك، ولا نطلب منكم الإعلان للبشر أنّ ناصر محمد اليماني هو المهديّ المنتظَر لكون هذه الفتوى لا تخصّكم؛ بل تخصّ علماء الدين، وإنما يخصّكم الاعتراف والإعلان بحقيقة حدوث شرط من أشراط الساعة الكبرى وهي أنّ الشمس أدركت القمر فولد الهلال من قبل الكسوف فاجتمعت به الشمس وقد هو هلال، لكون حقيقة الإدراك لن يعلمه علماء الدين على المنابر؛ بل سيعلمه علماء حركة الشمس والقمر.

    Sesungguhnya matahari mendapatkan bulan hanyalah sebagai tanda peringatan bagi manusia sebelum malam mendahului siang, kerana tanda Idrak ini kelak akan jelas bagi kalian bahawa ianya benar-benar sebuah kenyataan, realiti nyata yang telah terjadi tanpa syak dan ragu lagi, lalu kalian akan mengumumkan kesaksian kalian dengan kebenaran pada urusan yang menjadi kepentingan kalian sahaja tentunya wahai sekalian ilmuwan astronomi.

    Kami tidak meminta dari kalian untuk mengumumkan kepada manusia bahawa Naser Mohammed Al-Yamani adalah Al-Mahdi Al-Muntazhar, kerana fatwa ini bukanlah urusan kalian; namun fatwa ini adalah untuk perhatian para ulama agama, hanya sahaja perhatian dan urusan kalian adalah untuk mengakui dan mengumumkan hakikat telah terjadinya suatu tanda dari tanda-tanda besar Kiamat, bahawasanya matahari telah mencapai bulan dan hilal telah terbit sebelum kusuf di mana matahari telah bertemu (ijtima') dengan bulan dan muncul hilal, kerana hakikat Idrak ini tidak akan diketahui oleh ulama agama di atas mimbar-mimbar; namun ulama yang tahu pergerakan matahari dan bulan (ilmuwan astronomi) akan mengetahuinya.


    وقد مضت على ناصر محمد اليماني عشر سنوات وأنا أحذّر البشر بأنّهم دخلوا في عصر أشراط الساعة الكبرى وبأنّ الشمس أدركت القمر وولد الهلال من قبل الكسوف واجتمعت به الشمس وقد هو هلال، فليتقوا الله الواحد القهّار من قبل أن يسبق الليل النهار بسبب مرور ما يسمونه بالكوكب العاشر، فإن تبيّن لعلماء الفلك حدوث الخلل الفلكي لمنازل القمر ثم يكتموا شهادة الحقّ كما كتمتموها في بدر شوال فليتذكروا قول الله تعالى:
    {وَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّن كَتَمَ شَهَادَةً عِندَهُ مِنَ اللَّهِ ۗ وَمَا اللَّهُ بِغَافِلٍ عَمَّا تَعْمَلُونَ (140)} [البقرة].

    وقال الله تعالى:
    {وَلَا تَكْتُمُوا الشَّهَادَةَ ۚ وَمَن يَكْتُمْهَا فَإِنَّهُ آثِمٌ قَلْبُهُ ۗ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ عَلِيمٌ (283)} صدق الله العظيم [البقرة].

    Sesungguhnya telah berlalu masa selama sepuluh tahun atas Naser Mohammed Al-Yamani dan aku tetap memberi amaran dan memperingatkan manusia bahawa mereka telah masuk pada masa tanda-tanda besar Kiamat, dan matahari telah mendapatkan bulan di mana bulan baru telah lahir sebelum kusuf, dan matahari telah ijtima' dengan bulan dan hilal telah muncul, maka hendaklah manusia takut kepada Allah Yang Maha Esa lagi Maha Mengalahkan, sebelum malam mendahului siang disebabkan melintasnya sesuatu yang mereka namakan planet kesepuluh.

    Jadi, sekiranya jelas bagi ulama falak bahawa telah terjadinya ketidakaturan dan kejanggalan mengenai falak bagi manazil (posisi-posisi) bulan, lalu mereka menyembunyikan kesaksian mereka terhadap kebenaran itu sebagaimana mereka menyembunyikannya ketika bulan penuh Syawwal, maka hendaklah mereka ingat akan firman Allah Ta'ala:

    dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang menyembunyikan kesaksian dari Allah yang ada padanya?" Dan Allah sekali-kali tiada lengah dari apa yang kamu kerjakan. (140)
    Maha Benar Allah
    [Al-Baqarah]

    Juga firman Allah Ta'ala:

    dan janganlah kamu [para saksi] menyembunyikan persaksian. Dan barangsiapa yang menyembunyikannya, maka sesungguhnya ia adalah orang yang berdosa hatinya; dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (283)
    Maha Benar Allah
    [Al-Baqarah]


    اللهم قد بلغت اللهم فاشهد، وسلامٌ على المرسلين والحمد لله ربّ العالمين..
    أخوكم الإمام المهدي ناصر محمد اليماني.

    Ya Allah, sungguh telah aku sampaikan ya Allah, maka saksikanlah

    Salam sejahtera ke atas para Rasul dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam..

    Saudara kalian, Al-Imam Al-Mahdi Naser Mohammed Al-Yamani

    ـــــــــــــــــــــ

    sumber:

    https://albushra-islamia.org./showthread.php?p=162366

    https://albushra-islamia.org./showthread.php?p=162628

  2. Exclamation Hari Jumaat Yang Penuh Berkah Ke Atas Kalian Dan Ke Atas Kami Beserta Kalian Wahai Kekasihku Para Anshar Pendahulu Yang Baik, Semoga Setiap Tahun Kalian Berada Dalam Keadaan Baik

    -2 -

    [لمتابعة رابط المشاركـــــــــــــة الأصليّة للبيــــــــــــــان ]
    Untuk melihat postingan asal keterangan ini


    الإمام ناصر محمد اليماني

    Al-Imam Naser Mohammed Al-Yamani
    07- 01 - 1436
    هـ
    31- 10 - 2014
    مـ
    06:50
    صباحاً
    ـــــــــــــــــــ



    جمعةٌ مباركةٌ عليكم وعلينا معكم أحبتي الأنصار السابقين الأخيار، وكلّ عامٍ وأنتم طيبون وعلى الحقّ ثابتون إلى يوم الدين..

    Hari Jumaat Yang Penuh Berkah Ke Atas Kalian Dan Ke Atas Kami Beserta Kalian Wahai Kekasihku Para Anshar Pendahulu Yang Baik, Semoga Setiap Tahun Kalian Berada Dalam Keadaan Baik Lagi Teguh Di Atas Kebenaran Hinggalah Hari Pembalasan..



    بسم الله الله الرحمن الرحيم، والصلاة والسلام على كافة الأنبياء والمرسلين وجميع المؤمنين في كل زمانٍ ومكانٍ إلى يوم الدين، أما بعد..


    Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, sholawat dan salam ke atas seluruh para Nabi dan Rasul serta semua orang yang beriman pada setiap zaman di semua tempat hinggalah Hari Pembalasan, selanjutnya..


    السلام عليكم ورحمة الله وبركاته أحبتي الأنصار السابقين الأخيار في عصر الحوار من قبل الظهور، جمعةٌ مباركةٌ عليكم وعلينا معكم أحبتي الأنصار السابقين الأخيار، وكل عامٍ وأنتم طيبون وعلى الحقّ ثابتون إلى يوم الدين، أما بعد..

    Salam sejahtera ke atas kalian beserta rahmat Allah dan keberkahanNya wahai kekasihku para Anshar Pendahulu Terbaik di era hiwar sebelum muncul, semoga hari Jumaat yang penuh berkah ke atas kalian dan ke atas kami beserta kalian wahai kekasihku para Anshar Pendahulu Yang Baik, semoga setiap tahun kalian berada dalam keadaan yang baik lagi teguh di atas kebenaran hinggalah Hari Pembalasan, amma ba'd..


    فليترقب الجميع متى اكتمال البدر لشهر محرم لعامكم هذا 1436 ولسوف نقيم الحجّة على علماء الفلك بكل المقاييس بإذن الله في هلال محرم وصفر حتى يتبيّن لهم أنه الحقّ ويتفاجأوا بما لم يكونوا يحتسبوا من الإبدار المبكر للقمر لعله يحدث لهم ذكراً. واقترب الوعد الحقّ وإنّه لنبأ عظيمٌ وهم عنه معرضون، فالفرار الفرار إلى الله الواحد القهّار قبل أن يسبق الليل النهار، فاتقواالله يا أولي الأبصار فوالله ثم والله ثم والله إنّه قد أدركت الشمس القمر الإدراك الأكبر في شهر محرم الحرام لعامكم هذا 1436، ولسوف تعلمون ما نقصد بفتوانا الإدراك الأكبر، وسوف يتبيّن الحقّ للجميع بإذن الله.

    Hendaklah semuanya menunggu dan memperhatikan kapan sempurnanya bulan penuh (purnama) bagi bulan Muharram tahun ini 1436H, dan kelak kami akan menegakkan hujjah ke atas ulama falak dengan segala standard ukuran dan skala dengan izin Allah, mengenai hilal Muharram dan Safar agar jelas bagi mereka bahawa ianya adalah hak, dan mereka terkejut dengan perkara yang tiada mereka duga mengenai bulan-bulan penuh yang muncul awal, mudah-mudahan ianya memberikan pengajaran bagi mereka.

    Sesungguhnya Hari Yang Dijanjikan telah dekat, ianya benar-benar merupakan Berita Besar (Naba' 'Adzim) sedang mereka itu berpaling darinya, maka larilah kalian semua, berlarilah kalian semua menuju Allah Yang Maha Esa lagi Maha Mengalahkan sebelum malam mendahului siang, bertakwalah kalian semua kepada Allah wahai orang-orang yang mempunyai penglihatan, kerana demi Allah, demi Allah, demi Allah, sesungguhnya matahari telah idrak dengan bulan, Al-Idrak Al-Akbar (idrak yang paling besar) pada bulan haram Muharram tahun ini 1436H, dan kelak kalian akan mengetahui apa yang kami maksudkan dengan fatwa kami “Al-Idrak Al-Akbar (idrak yang paling besar)”, dan kelak kebenaran akan jadi jelas lagi nyata bagi semuanya dengan izin Allah.



    وكذلك نحيط الأنصار والباحثين عن الحقّ جميعاً أنّ غرّة شهر صفر الأولى الحقّ هي يوم السبت لا شك ولا ريب. وربّما يودّ العالم الفلكي ملهم أن يقول: "ياناصر محمد، غير معقول أن تبدأ المنزلة الأولى لشهر صفر السبت لكون غرّة محرم السبت! إلا أن يكون شهر محرم ثمانية وعشرين يوماً وهذا يستحيل". فمن ثمّ يردُّ على السائلين الإمام المهدي ناصر محمد اليماني وأقول: لا أحاجكم بأهلّة المستحيل في نظركم؛ بل نحاجّكم باكتمال البدر المبكر، فكذلك سوف تجدون أنّ بدر شهر صفر لعامكم 1436 حقاً اكتمل ليلة السبت بعد غروب شمس الجمعة وذلك بسبب الإدراك الأكبر لشهر محرم، ولا نزال نحاجكم بالإدراك الأكبر لشهر محرم يا أيها العالم الفلكي ملهم. ومِن متى يكون القمر ليلة النصف ناقصاً؟! كما سوف تجدون البدر ليلة السبت حسب إعلانكم فمن ثم تجدون البدر لم يعد بدراً بل ناقصَ الإبدار، وكذلك تأخر غروب قمر ليلة السبت ليلة الخامس عشر لشهر محرم حسب إعلانكم! فترقب منازل شهر محرم يا ملهم وشروق القمر وغروبه وسوف تجد أنه حقاً يوجد هناك اختلافٌ في المعلومات الفلكيّة الدقيقة دائماً، فمن ثم تشعر أنه لا بدّ أنه يوجد حدثٌ ما سبّب اختلاف مواقيت غروب القمر في ميقاته المعلوم حسب علمكم الفيزيائي الفلكي اليقيني، فهل تريدون أن يستمر إعراضكم عن التصديق بأنّ الشمس أدركت القمر حتى يسبق الليل النهار؟

    Demikian juga kami beritahukan kepada Anshar dan para pencari kebenaran semuanya, bahawa permulaan yang benar bagi bulan Safar yang pertama adalah hari Sabtu tanpa syak dan ragu lagi.

    Barangkali ahli falak Mulham mahu mengatakan:

    “Wahai Naser Mohammed, tidak masuk akal kedudukan (al-manzilah) pertama bagi bulan Safar jatuh pada hari Sabtu, kerana permulaan Muharram adalah Sabtu! Kecuali sekiranya bulan Muharram ada duapuluh lapan hari namun ianya mustahil”.

    Untuk ini Al-Imam Al-Mahdi Naser Mohammed Al-Yamani membalas kepada penanya, aku katakan:

    Aku tidak menghujjah kalian dengan bulan-bulan hilal yang mustahil pada pandangan kalian; akan tetapi aku berhujjah dengan sempurnanya bulan penuh (purnama) yang muncul awal, begitu juga kelak kalian akan dapati bahawa bulan penuh bagi Safar tahun 1436H benar-benar akan sempurna pada malam Sabtu setelah terbenam matahari hari Jumaat, demikian ini disebabkan oleh Al-Idrak Al-Akbar pada bulan Muharram, dan kami masih terus menghujjah kalian dengan Al-Idrak Al-Akbar pada bulan Muharram wahai ahli falak Mulham, sejak bila bulan malam pertengahan tidak sempurna (penuhnya)
    ?!

    Sebagaimana kelak kalian akan mendapati bahawa bulan penuh malam Sabtu menurut pengumuman kalian, lalu kalian akan menemukan bahawa bulan tidak penuh secara sempurna namun berkurangan bulan purnamanya, begitu juga dengan lambatnya bulan terbenam malam Sabtu, malam ke limabelas bulan Muharram menurut pengumuman kalian
    !

    Maka tunggu dan perhatikan semua posisi (manaazil) bulan Muharram wahai Mulham, dan perhatikan bulan terbit dan terbenam kerana kelak engkau akan menemukan bahawasanya benar-benar selalu ada ikhtilaf (perselisihan) dalam maklumat-maklumat astronomi yang tepat, lalu kemudian engkau akan merasakan tidak boleh tidak, tentulah ada suatu peristiwa yang telah terjadi menyebabkan adanya perselisihan waktu-waktu terbenamnya bulan pada waktu-waktu terbenamnya yang sedia dimaklumi menurut ilmu astrofizik yang diyakini oleh kalian, apakah kalian masih mahu tetap terus berpaling dari membenarkan bahawa matahari telah idrak dengan bulan sehingga malam mendahului siang
    ?



    ولا نزال نؤكد للبشر أنّ هلال شهر محرم ولد ليلة الخميس في نهاية ظلّ الفجر واجتمعت به الشمس وقد هو هلال وذلكم من نوع الإدراك الأكبر، فمن يجركم من عذاب الله الواحد القهار وملئت الأرض جورا ًوظلماً عظيماً؟ اللهم رجوتك بحقّ لا إله إلا أنت وبحقّ رحمتك التي كتبت على نفسك وبحقّ عظيم نعيم رضوان نفسك أن تنزع ملكك من كافة الأشرار والظالمين لأنفسهم فتولّي على البشر الأخيار برحمتك يا أرحم الراحمين، وتعجّل للمهدي المنتظَر في عصر الحوار من قبل الظهور بالنصر والتمكين والفتح المبين، ووعدك الحقّ وأنت أرحم الراحمين، سبحان ربّك ربّ العزة عمّا يصفون وسلامٌ على المرسلين والحمد لله ربّ العالمين..

    Kami tetap menegaskan bagi manusia dan menekankan bahawa hilal bulan Muharram telah terbit pada malam Khamis di penghujung naungan Fajar di mana matahari telah ijtima' dengan bulan dan hilal muncul, demikianlah di antara bentuk dan sifat Al-Idrak Al-Akbar.

    Jadi, siapakah yang dapat menyelamatkan kalian dari azab Allah Yang Maha Esa lagi Maha Mengalahkan, di mana dunia ini telah dipenuhi dengan penindasan dan kezaliman yang besar
    ?

    Ya Allah, aku berharap padaMu dengan hak “Laa ilaaha illaa Anta” -tiada tuhan yang berhak disembah selain Engkau-, dan dengan hak rahmatMu yang telah Engkau telah tetapkan atas DiriMu, dan dengan hak agungnya kenikmatan redhaDiriMu, agar Engkau cabutkan kuasa pemerintahan kerajaanMu dari seluruh pemimpin-pemimpin yang jahat dan zalim terhadap diri mereka sendiri, lalu Engkau serahkannya kepada manusia-manusia baik pilihan dengan rahmatMu wahai Yang Maha Pengasih dari sekalian yang mengasihani, agar Engkau menyegerakan pertolongan, penyerahan kuasa pemerintahan dan kemenangan yang nyata bagi Al-Mahdi Al-Muntazhar di era hiwar sebelum muncul.

    Sesungguhnya janjiMu benar sedang Engkaulah Yang Maha Pengasih dari sekalian yang mengasihi, Mahasuci Tuhanmu Yang Empunya Keperkasaan dari segala yang mereka perkatakan, salam sejahtera ke atas para Rasul dan segala puji hanya bagi Allah Tuhan Semesta Alam..




    أخوكم الإمام المهدي ناصر محمد اليماني.


    Saudaramu, Al-Imam Al-Mahdi Naser Mohammed Al-Yamani.

    ــــــــــــــــــــ

    sumber:

    https://albushra-islamia.org./showthread.php?p=163712

    https://albushra-islamia.org./showthread.php?p=163824

المواضيع المتشابهه
  1. مشاركات: 0
    آخر مشاركة: 16-09-2018, 08:12 PM
  2. مشاركات: 0
    آخر مشاركة: 08-05-2018, 03:16 AM
  3. مشاركات: 0
    آخر مشاركة: 23-08-2017, 06:58 AM
  4. مشاركات: 0
    آخر مشاركة: 25-05-2017, 01:12 AM
  5. Matahari akan mendapatkan bulan pada permulaan Shawal malam pertama
    بواسطة chilmi hasbullah في المنتدى Melayu
    مشاركات: 1
    آخر مشاركة: 10-08-2014, 08:57 AM
ضوابط المشاركة
  • لا تستطيع إضافة مواضيع جديدة
  • لا تستطيع الرد على المواضيع
  • لا تستطيع إرفاق ملفات
  • لا تستطيع تعديل مشاركاتك
  •