(( يامُسلمين يامسلمين كوكب العذاب وصل كوكب العذاب وصل))
الإمام ناصر محمد اليماني
Al-Imam Naser Mohammed Al-Yamani
04 – 09 – 2008 مـ
11:23 مساءً
____________
يا مسلمين يا مسلمين كوكب العذاب وصل؛ كوكب العذاب وصل..
Wahai Kaum Muslimin, Sesungguhnya Planet Hukuman Telah Tampak Semakin Mendekati Bumi
بسم الله الرحمن الرحيم، قال الله تعالى:
{كَلَّا وَالْقَمَرِ ﴿٣٢﴾ وَاللَّيْلِ إِذْ أَدْبَرَ ﴿٣٣﴾ وَالصُّبْحِ إِذَا أَسْفَرَ ﴿٣٤﴾ إِنَّهَا لَإِحْدَى الْكُبَرِ ﴿٣٥﴾ نَذِيرًا لِّلْبَشَرِ ﴿٣٦﴾ لِمَن شَاءَ مِنكُمْ أَن يَتَقَدَّمَ أَوْ يَتَأَخَّرَ ﴿٣٧﴾}
صدق الله العظيم [المدثر]
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Allah Ta'ala berfirman:
Sekali-kali tidak, demi bulan
dan malam ketika telah berlalu
dan subuh apabila mulai terang
Sesungguhnya Saqar itu adalah salah satu bencana yang amat besar
sebagai ancaman bagi manusia
Bagi siapa di antara kalian yang berkehendak akan maju atau mundur
Maha Benar Allah
QS-74:32-37
وقال تعالى:
{وَالْفَجْرِ ﴿١﴾ وَلَيَالٍ عَشْرٍ ﴿٢﴾ وَالشَّفْعِ وَالْوَتْرِ ﴿٣﴾ وَاللَّيْلِ إِذَا يَسْرِ ﴿٤﴾ هَلْ فِي ذَٰلِكَ قَسَمٌ لِّذِي حِجْرٍ ﴿٥﴾ أَلَمْ تَرَ كَيْفَ فَعَلَ ربّك بِعَادٍ ﴿٦﴾ إِرَمَ ذَاتِ الْعِمَادِ ﴿٧﴾ الَّتِي لَمْ يُخْلَقْ مِثْلُهَا فِي الْبِلَادِ ﴿٨﴾ وَثَمُودَ الَّذِينَ جَابُوا الصَّخْرَ بِالْوَادِ ﴿٩﴾ وَفِرْعَوْنَ ذِي الْأَوْتَادِ ﴿١٠﴾ الَّذِينَ طَغَوْا فِي الْبِلَادِ ﴿١١﴾ فَأَكْثَرُوا فِيهَا الْفَسَادَ ﴿١٢﴾ فَصَبَّ عَلَيْهِمْ ربّك سَوْطَ عَذَابٍ ﴿١٣﴾ إِنَّ ربّك لَبِالْمِرْصَادِ ﴿١٤﴾}
صدق الله العظيم [الفجر]
Dan firmanNya lagi:
Demi fajar
dan malam yang sepuluh
dan yang genap dan yang ganjil
dan malam bila berlalu
Pada yang demikian itu terdapat sumpah oleh orang-orang yang berakal
Apakah kamu tidak memperhatikan bagaimana Tuhanmu berbuat terhadap kaum 'Aad
?
penduduk Iram yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi
yang belum pernah dibangun seperti itu, di negeri-negeri lain
dan kaum Tsamud yang memotong batu-batu besar di lembah
dan kaum Fir'aun yang mempunyai pasak-pasak
yang berbuat sewenang-wenang dalam negeri
lalu mereka berbuat banyak kerosakan dalam negeri itu
kerana itu Tuhanmu menimpakan kepada mereka cemeti azab
sesungguhnya Tuhanmu benar-benar mengawasi
Maha Benar Allah
QS-89:1-14
من المهديّ المنتظَر الإمام الثاني عشر من آل البيت المُطهّر الإمام الناصر لما جاء به مُحمد رسول الله -صلّى الله عليه وآله وسلّم- ناصر مُحمد اليمانيّ إلى جميع المسلمين والناس أجمعين، والسلام على من اتّبع الهدى، وبعد..
Dari Imam Mahdi Al Muntazhar, imam ke-12 dari kalangan ahlul bait yang disucikan, seorang pemimpin yang menjadi pendukung, penolong dan pembela bagi ajaran yang dibawa oleh Rasulullah
-صلى الله عليه وأله وسلم-
yaitu dari Imam Naser Muhammad Al-Yamani, ditujukan kepada kaum muslimin dan kepada manusia seluruhnya.
Semoga keselamatan dan kesejahteraan tetap terlimpahkan kepada orang-orang yang mengikuti petunjuk kebenaran.
Amma ba'du..
يا مسلمين يا مسلمين توبوا إلى الله متاباً، فإن كوكب النار والعذاب الأليم وصل ليمر بأرضكم فيُمطر عليها مطر نارٍ فيُحرق ويدمّر ويُعذّب المُجرمين عذاباً نُكراً.
أقسم بالله الواحد القهّار بأني لا أقول لكم غير الحقّ ولعنة الله على الكاذبين.
Wahai kaum muslimin, wahai kaum muslimin.. bertaubatlah kalian kepada Allah dengan sebenar-benar taubat. Sesungguhnya Planet Api dengan hukuman yang amat dahsyat telah tampak semakin hampir dan akan melintasi berdekatan bumi kalian dan menghujaninya dengan hujan api yang membakar lagi menghancurkan dan menyiksa orang-orang yang berdosa dengan azab yang tiada taranya.
Aku bersumpah demi Allah yang Maha Esa lagi Maha Mengalahkan, bahawa sesungguhnya aku tidak mengatakan kepada kalian selain dari kebenaran dan laknat Allah menimpa orang-orang yang berdusta.
ويا أيّها الناس، لا ملجأ ولا منجى إلّا الفرار من الله إليه، يا مسلمين توبوا إلى الله متاباً فإن كنت كاذباً فعليّ كذبي وإن كنت صادقاً فالأمر خطيرٌ وعسيرٌ على من أبى واستكبر.
Wahai manusia, tidak ada jalan selamat kecuali kembali kepada Allah dengan sebenar-benarnya. Wahai kaum muslimin, bertaubatlah dengan taubat yang sungguh-sungguh.
Jika sekiranya aku berdusta, maka aku-lah yang akan menanggung akibatnya, dan sekiranya aku benar, maka perkara dan urusan ini benar-benar serius lagi mengkhuatirkan dan amat payah bagi orang-orang yang enggan, menolak dan menyombongkan diri.
ويا أيّها الناس، إن كوكب العذاب سوف يبدأ بالتّناوش مع أرضكم قبل المرور، وسوف يزداد في رمضان هذا 1429، سوف تشهدون له تأثيراً غير عادي وأشدّ مما كان من قبل لعلكم تُصدقون بالحقّ.
Wahai manusia, sesungguhnya Planet Siksaan kelak akan memulai pertempuran kecil bersama bumi kalian sebelum ia melintas dan kelak akan bertambah pada bulan Ramadhan tahun 1429H.
Kalian akan menyaksikan bahawa ia memberikan kesan yang tidak seperti biasa lalu akan menjadi bertambah teruk dari sebelumnya, mudah-mudahan kalian membenarkan Al-Haq.
يا أيّها الناس، إني لا أُحدد بالضبط يوم المرور وكُلّ ما أعلمه عِلم اليقين أن كوكب العذاب وصل والله على ما أقول شهيدٌ ووكيل.
Wahai manusia, sesungguhnya aku tidak menyatakan dengan tepat hari melintasnya Planet Hukuman dan seluruh yang aku ketahui dengan ilmu yakin adalah bahawa Planet Hukuman telah semakin mendekati bumi dan Allah-lah yang menjadi saksi terhadap apa-apa yang aku katakan dan Dia Maha Melindungi.
يا أيّها الناس، أقسم بالله الواحد القهّار إني لا أقول لكم ذلك من ذات نفسي وإنه مما علّمني ربّي والله على ما أقول شهيدٌ ووكيل، وقد أراني الله آخر رؤيا لكوكب العذاب فجر الخميس في رمضان 1429، ورأيته كتلةً من جهنم ويُرسل بالشرر على الأرض وكأنه ألعابٌ ناريةٌ تتفرقع من سطحه، وإذا أنا أنادي وأقول: يا مسلمين يا مسلمين، كوكب العذاب وصل؛ كوكب العذاب وصل، وكأن الناس نائمون فلم أستطِع أن أيقظهم غير أني أصرخ وأُكرر بكلمات مُكررة في الرؤيا: يا مسلمين يا مسلمين كوكب العذاب وصل يا مسلمين يا مسلمين كوكب العذاب وصل، وكنت أرى المناطق التي يمر عليها تشتعل بالحريق. والله على ما أقول شهيدٌ ووكيل..
انتهت الرؤيا بالحقّ.
Sesungguhnya Allah telah memperlihatkan padaku visi terhadap Planet Hukuman pada fajar hari Khamis bulan Ramadhan tahun 1429H, aku melihatnya sebagai bahagian dari Jahannam yang dihantar dengan tembakan-tembakan dan percikan api menimpa bumi. Seakan-akan tembakan bunga api yang meledak-ledak dari permukaannya.
Lalu ketika itu tiba-tiba aku memanggil dan menyeru
'Wahai kaum muslimin, Wahai kaum muslimin, ..
Planet Hukuman telah tiba, Planet Siksaan telah datang'
Sedang manusia ketika itu sedang tidur dan aku tidak dapat membangunkan mereka selain terus menjerit dan mengulang-ulang perkataanku di dalam visi yang Allah perlihatkan
'Wahai kaum muslimin, wahai kaum muslimin.. Planet Hukuman telah datang, Planet Siksaan telah tiba..
Wahai kaum muslimin, wahai kaum muslimin.. Planet Hukuman telah datang, Planet Siksaan telah tiba'
Kemudian aku lihat kawasan dan wilayah yang telah dilanda Planet Hukuman menyala-nyala terbakar. Allah-lah yang menjadi saksi terhadap apa yang aku katakan dan Dia Maha Melindungi.
-tamat visi yang telah diperlihatkan padaku dengan benar-
وأُقسم بالله بأني لم أعد أتذكر كم عدد الرؤى لكوكب العذاب من كثرة ما يُريني الله أن أنذر الناس بقدوم كوكب العذاب وإنه سوف يظهرني به على العالمين في ليلةٍ إن كذّبوا بأمري وأعرضوا عن الحقّ، وكذلك يعكس دوران الأرض فتطلع الشمس من مغربها، ولعنة الله عليّ إن كنت أفتري على الله كذباً، فاتقوا الله يا مسلمين، حرامٌ عليكم لماذا لا تصدقوني؟ وأقسم بالله الذي لا إله إلّا هو ربّ السماوات والأرض وربّ العرش العظيم أني لا أقول على الله غير الحقّ فهل من مُدّكرٍ مُصدقٍ بالبيان الحقّ للذكر؟ لا قوة إلّا بالله العلي العظيم..
Aku bersumpah demi Allah bahawa aku tidak dapat untuk mengingat jumlah visi yang diperlihatkan padaku terhadap Planet Hukuman kerana terlalu banyak visi terhadapnya yang Allah tampakkan padaku.
Demikian ini agar aku memberi peringatan kepada manusia terhadap kedatangan Planet Hukuman/Siksaan, dan bahawasanya Allah akan menzahirkanku dengan kemunculannya pada suatu malam terhadap seluruh alam, sekiranya mereka mendustakan perkaraku ini dan berpaling dari kebenaran.
Begitu juga bumi akan berputar berlawanan maka matahari akan tampak terbit dari barat. Laknat Allah akan menimpaku sekiranya aku berdusta dan mengada-adakan kebohongan terhadap Allah.
Maka bertakwalah kepada Allah wahai kaum muslimin..haram atas kalian..mengapakah kalian tidak membenarkanku. Aku bersumpah demi Allah, Dzat yang tidak ada tuhan yang patut disembah kecuali Dia, Tuhan langit dan bumi, Penguasa Arsy yang agung..bahawa sesungguhnya aku tidak mengatakan terhadap Allah kecuali kebenaran.
Maka adakah orang yang mahu mengambil pelajaran dengan membenarkan keterangan yang haq ini sebagai peringatan
?
Tidak ada kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.
يا معشر المسلمين صدّقوا أو لا تُصدّقوا المهم أن تتوبوا إلى الله متاباً لتضمنوا إنقاذكم إذا كان ناصر مُحمد اليمانيّ من الصادقين، وإن كنت كاذباً فعليّ كذبي ومن أظلم ممن أفترى على الله كذباً بغير الحقّ.
Wahai sekalian kaum muslimin, samaada kalian membenarkan atau tidak, yang penting adalah kalian semua bertaubat kepada Allah dengan sebenar-benar taubat, untuk menjamin keselamatan kalian jika Naser Muhammad Al-Yamani termasuk dikalangan orang-orang yang benar.
Sekiranya aku berbohong, maka aku-lah yang akan menanggung akibatnya. Siapakah yang lebih zalim dari orang yang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah tanpa hak.
يا ناس يا عالم اتقوا الله وفروا منه إليه، ويا بوش الأصغر اتقِ الله ولا تُخفي على الناس الأمر واعترف بالحقّ وإن لم تفعل فلن تجد لك من دون الله ولياً ولا نصيراً، وأقسم بالله العلي العظيم ما تلقيت خبر كوكب العذاب إلّا من الله الذي أنزل الكتاب ولا أتبع أهواءكم شيئاً، يا أيّها الناس إني أريد لكم النجاة وليس الهلاك، يا أيّها الناس فروا من الله إليه وسلوه برحمته أن يُنقذكم فإن كوكب العذاب وصل فإن كوكب العذاب وصل فإن كوكب العذاب وصل والله على ما أقول شهيدٌ ووكيل.
Wahai manusia, wahai seisi alam.. bertakwalah kepada Allah. Larilah kalian dari (maksiat kepada) Allah menuju (ketaatan) kepadaNya. Wahai George Bush, bertakwalah kepada Allah. Jangan menyembunyikan dari manusia urusan ini dan akui-lah kebenaran ini. Sekiranya engkau tidak melakukannya, maka engkau tidak akan mendapatkan seorang pelindung ataupun penolong, selain dari Allah.
Aku bersumpah demi Allah yang Maha Luhur lagi Maha Agung, bahawa aku tidak mendapatkan khabar tentang Planet Siksaan ini kecuali dari Allah, Dzat yang menurunkan kitab suci dan aku juga sama sekali tidak mengikuti hawa nafsu kalian.
Wahai manusia, sesungguhnya aku menginginkan keselamatan bagi kalian, bukan kecelakaan. Wahai manusia, larilah kalian dari (kemaksiatan terhadap) Allah menuju (ketaatan) kepadaNya. Mohonlah padaNya dengan rahmatNya agar Dia berkenan untuk memberi keselamatan kepada kalian kerana sesungguhnya Planet Hukuman/Siksaan telah tiba dan semakin mendekati bumi.
Allah menjadi saksi atas ucapanku dan Dia-lah yang Maha Melindungi.
ولماذا لا تصدقونني يا بوش الأصغر وقد تبيّن لكم حقيقة كوكب العذاب؟ فهل رأيتموني أتيت بالبيان الحقّ للقرآن في شأنه من كُتيباتكم؟ بَلْ من القرآن ولم يُصدقني حتى المؤمنون بالقُرآن! فما هو الحل معكم يا مسلمين ماهي حُجّتكم عليّ حتى لا تصدقون بالحقّ من ربكم؟ فبأي حديثٍ بعده تؤمنون؟
Mengapakah kalian tidak mempercayaiku wahai George Bush
?
Sesungguhnya telah nyata bagi kalian akan hakikat keberadaan Planet Hukuman. Adakah kalian berpendapat bahawa aku mendatangkan keterangan yang benar dari Al-Qur'an tentang Planet Hukuman ini, mengambilnya dari nota-nota penelitian dan penemuan kalian
?
Bahkan ia sebenarnya dari Al-Quran dan mereka tidak mempercayaiku hatta orang-orang yang beriman terhadap Al-Qur'an sekalipun.
Jadi, apakah solusi dan jawaban yang ada pada kalian wahai kaum muslimin
?
Apakah hujjah kalian terhadapku hingga menyebabkan kalian tidak mempercayai keterangan yang benar dari Tuhan kalian. Maka kepada berita mana lagi kalian akan beriman selain Al-Qur'an itu
?
يا مسلمين يا مسلمين يا مسلمين، إن كوكب العذاب وصل ولعنة الله على الكاذبين على الله بغير الحقّ، ولعنة الله على المُعرضين عن الحقّ بعد ما تبيّن لهم أنه الحقّ من ربّهم، أفلا تعقلون؟ ولم أتلقَ بالضبط يوم مروره بعد ولكني تلقيت آخر خبر هو وصوله بمعنى أنه صار قريباً جداً من أرضكم وأنتم في غفلةٍ معرضون.
Wahai kaum muslimin, wahai kaum muslimin, wahai kaum muslimin.. sesungguhnya Planet Hukuman telah datang dan laknat Allah menimpa orang-orang yang mengadakan dusta terhadap Allah tanpa kebenaran, dan laknat dari Allah juga menimpa orang-orang yang berpaling dari kebenaran setelah jelas dan nyata bagi mereka bahawa kebenaran itu benar-benar datang dari Tuhan mereka, maka mengapakah kalian tidak memikirkan
?
Aku belum lagi menerima keterangan tentang kapan ia akan melintas akan tetapi aku telah mendapatkan berita yang lain tentang kedatangannya itu, yang bermakna bahawa sesungguhnya ia telah menghampiri, sangat dekat dengan bumi kalian.. sedang kalian masih leka, lalai dan berpaling.
وكيف تعلمون حقيقة هذا النبأ العظيم وسوف أخبركم إن كان حقاً اقترب من الأرض كثيراً فسوف تجدون أرضكم تُعاني من اقترابه بكثرة ما تسمونه بالكوارث الطبيعية وهي بأمر من الله وليس بأمر من ذات الطبيعة أفلا تعقلون؟ بَلْ حتى المسلمون يسمونها كوارث طبيعية كتسمية الملحدين أفلا تعقلون؟ بَلْ ذلك من العذاب الأدنى دون العذاب الأكبر لعلّهم يرجعون أو يُحدث لهم ذكرى.
Bagaimana kalian dapat mengetahui hakikat dari berita yang besar ini kerana kelak aku akan memberitahukannya kepada kalian sekiranya ia benar-benar telah sangat dekat dengan bumi.
Kelak kalian akan mendapati bahawa bumi kalian mengalami apa yang kalian sebut sebagai bencana alam padahal sesungguhnya itu adalah dikeranakan perintah dari Allah, dan bukanlah kerana 'bencana semulajadi atau alami' mengapakah kalian tidak memikirkan
?
Bahkan, hinggakan kaum muslimin sekalipun telah menyebutnya sebagai bencana alami, sama seperti penyebutan orang-orang Atheis, mengapakah kalian tidak memikirkan
?
Padahal yang demikian itu sesungguhnya merupakan sebahagian dari azab yang dekat sebelum kedatangan azab yang besar, mudah-mudahan mereka kembali atau dapat menjadi pengajaran bagi mereka.
يا مسلمين يا مسلمين توبوا إلى الله متاباً، فإن كنت كاذباً فعليّ كذبي وكسبتم رضوان الله عليكم بالتوبة والإنابة إليه، ولكني أقسم بالله الواحد القهّار بأني لا أخوّفكم لكي تتوبوا؛ بَلْ الحقّ من ربّ العالمين، ولا قوة إلّا بالله العلي العظيم، إنا لله وإنا إليه لراجعون.
Wahai kaum muslimin, wahai kaum muslimin.. bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang bersungguh-sungguh. Sekiranya aku berdusta maka balasannya akan menimpaku, sedang kalian telah berusaha untuk mendapat keredhaan Allah ke atas kalian dengan bertaubat dan kembali kepadaNya.
Namun aku bersumpah demi Allah yang Maha Esa lagi Maha Mengalahkan, bahawasanya aku tidak menakut-nakutkan kalian supaya kalian bertaubat, bahkan ia adalah sebuah kebenaran yang datang dari Tuhan Semesta Alam.
Tidak ada kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah yang Maha Luhur lagi Maha Agung. Sesungguhnya kita adalah milik Allah dan kepadaNyalah kita semua akan kembali.
ويا معشر الأنصار أنسخوا بياني هذا وانشروه بين إخوانكم المسلمين الذين لا يعلمون بهذا النبأ العظيم ليتوبوا إلى الله متاباً فتنقذونهم من شرِّ مطر النار من كوكب العذاب المُدمّر، ومن فعل ذلك فأنا أضمن له على الله أن يصرف عنه شرّ كوكب العذاب، فبلّغوا عني المسلمين والناس أجمعين رحمكم الله بكل حيلةٍ ووسيلة رضي الله عليكم وأرضاكم وصرف شرّ كوكب العذاب عنكم إن ربّي سميع الدُعاء، فلا تهنوا في التبليغ وأنذروا المسلمين وعشيرتكم الأقربين ليتوبوا إلى الله متاباً لتضمنوا إنقاذهم من بأس الله الشديد والله على ما أقول شهيدٌ ووكيل.
Wahai sekalian para Ansarku, salinlah keteranganku ini dan sebarkannya di antara saudara-saudara kalian dari kalangan muslimin, yakni kepada orang-orang yang tidak mengetahui tentang berita besar ini, agar mereka bertaubat kepada Allah dengan sebenar-benar taubat.
Demikian ini semata-mata demi menyelamatkan mereka dari dahsyatnya hujan api yang datang dari Planet Hukuman yang menghancurkan. Barangsiapa melakukannya, maka aku jamin baginya terhadap Allah jika Allah berkenan menghindarkan dirinya dari kedahsyatan dan keburukan melintasnya Planet Hukuman/Siksaan.
Maka sampaikan berita dariku ini kepada kaum muslimin dan kepada manusia seluruhnya -semoga Allah merahmati kalian- dengan cara, helah dan wasilah apapun yang kalian mampu -semoga Allah meredhai kalian dan bumi tempat tinggal kalian dan semoga Dia menghindarkan keburukan dan kedahsyatan lintasan Planet Hukuman dari kalian. Sesungguhnya Tuhanku Maha Mendengarkan doa, maka janganlah kalian lemah dalam menyampaikan.
Berilah peringatan kepada kaum muslimin, dan kepada keluarga, kerabat serta sahabat handai kalian agar mereka bertaubat kepada Allah dengan sebenar-benarnya agar dengan taubat mereka itu, mudah-mudahan dapat menjamin keselamatan mereka dari siksaan Allah yang dahsyat, dan Allah-lah yang menyaksikan apa yang aku ucapkan dan Dia-lah yang Maha Melindungi
يا حي يا قيوم أرحمني وجميع المسلمين وأدخلنا برحمتك في عبادك الصالحين، يا غفور يا ودود يا ذا العرش المجيد يا فعالاً لما يريد فنحن العبيد لرضوانك، فاهدنا سُبل رضوانك واعفو عنا واغفر لنا وارحمنا، ووعدك الحقّ وأنت أرحم بعبادك من عبدك، ولو تشاء لهديت الناس جميعاً بغير آية العذاب الأليم يا أرحم الراحمين، لقد أريتني إياه مراراً وتكراراً لأنذر به الناس وجميع المسلمين ولكني كنت أراه كما أرى الشمس إلّا رؤيا فجر الخميس فقد كان قريباً جداً ورأيته كيف يُمطر بشرر من نار على الأرض فيُحرقها! يا مغيث المُستغيثين أغثنا برحمتك يا أرحم الراحمين فلا أغني عن المسلمين شيئاً وليس لهم سوى رحمتك يا أرحم الراحمين، اللهم إن كنت كاذباً مُفترياً عليك بغير الحقّ فاجعلني من أشد الناس عذاباً في نار جهنم وإن عليّ لعنة الله الخالدة إلى يوم الدين، وإن كذّب المسلمين والناس بالحقّ من ربّهم فأرهم الحقّ فإنهم لا يعلمون حتى لا تُهلك إلّا الذين لو تبيّن لهم بأني الحقّ من ربّهم لما زادهم البيان الحقّ إلّا رجساً إلى رجسهم ولما اتخذوا سبيل الحقّ سبيلاً أولئك لا خير فيهم، اللهم فاجتثهم من فوق الأرض كشجرةٍ خبيثةٍ اجتثت من فوق الأرض مالها من قرار، إنك أن تذرهم يُضلّوا عبادك ولا يلدوا إلّا فاجراً كفاراً، اللهم إنك أنت الخبير بعبادك اللهم من كنت تعلم منهم بأن لو يتبين له بأني المهديّ المنتظَر الحقّ لأتبع الحقّ اللهم فأره الحقّ حقاً وأرزقه اتباعه إنك أرحم بعبادك من عبدك ووعدك الحقّ وأنت أرحم الراحمين.
Ya Hayyu, Ya Qayyuum, limpahkanlah rahmat-Mu kepadaku, dan kepada seluruh kaum muslimin.
Masukkanlah kami -dengan rahmat-Mu- dalam golongan hamba-hambaMu yang soleh.
Ya Ghafuur, Ya Waduud, Ya Dzal 'Arsyil Majid, Ya Fa'aalun limaa yuriid..
Kami ini adalah hamba-hambaMu yang mengharap keredhaanMu, maka tunjukkanlah kami jalan menuju keredhaanMu, maafkanlah segala kesalahan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami, limpahkanlah rahmatMu kepada kami.
Sesungguhnya janjiMu benar dan Engkau-lah yang paling penyayang terhadap hamba-hambaMu jika dibanding kasih-sayang hambaMu (Al-Mahdi) ini terhadap hamba-hambaMu yang lain.
Sekiranya Engkau berkehendak, sesungguhnya Engkau berkuasa untuk memberi petunjuk kepada manusia seluruhnya, tanpa mendatangkan ayat azab yang pedih..Wahai yang Maha Pengasih..Ya Arhamar raahimiin..
Sesungguhnya Engkau telah memperlihatkan padaku Planet SiksaanMu beberapa kali dan berulang-ulang, agar dengan itu aku dapat memperingatkan manusia dan seluruh kaum muslimin..
Bahkan, aku telah melihatnya dengan jelas seperti jelasnya matahari sebagaimana visi yang diperlihatkan padaku ketika fajar hari Khamis, sesungguhnya ia telah benar-benar dekat.
Aku melihat bagaimana ia menghujani bumi dengan lontaran-lontaran apinya yang dahsyat menimpa bumi dan membakarnya..
Wahai Penolong bagi orang-orang yang memerlukan pertolongan, tolonglah kami dengan rahmatMu Ya Arhamar raahimiin. Aku tidak dapat menolong kaum muslimin sediktpun. Dan tiada bagi mereka yang serupa seperti rahmatMu Ya Arhamar raahimin.
Ya Allah, jika aku berdusta terhadapMu tanpa kebenaran, maka jadikanlah aku termasuk seburuk-buruk manusia yang mendapat siksaan keras dariMu dalam neraka Jahannam dan tetaplah atasku laknat yang berkekalan dari Allah sehingga hari kebangkitan.
Dan sekiranya kaum muslimin dan manusia mendustakan kebenaran yang datang dari Tuhan mereka, maka perlihatkanlah kebenaran kepada mereka kerana sesungguhnya mereka tidak mengetahui...
Agar Engkau tidak membinasakan kecuali orang-orang yang apabila telah jelas bagi mereka bahawa sesungguhnya aku benar-benar Al-Mahdi dari Tuhan mereka, lalu tidak menambah meraka dari keterangan yang benar ini kecuali bertambah kafir disamping kekafiran mereka, dan mereka tidak mengikuti jalan kebenaran, maka mereka itu.. tiada kebaikan sama sekali pada mereka..
Ya Allah, cabutlah mereka dengan akar-akarnya dari permukaan bumi seperti pohon yang buruk, yang telah dicabut dengan akar-akarnya dari permukaan bumi; tidak dapat tetap sedikitpun..
Sesungguhnya jika Engkau membiarkan mereka, maka mereka akan menyesatkan hamba-hambaMu dan mereka tidak melahirkan dan menghasilkan apa-apa kecuali kefasikan dan kekufuran
Ya Allah..sesungguhnya Engkau Maha Mengawasi hamba-hambaMu..
Ya Allah..barangsiapa yang Engkau ketahui bahawa sekiranya telah jelas dan nyata baginya bahawa sesungguhnya aku adalah Al-Mahdi Al-Muntazhar yang sejati lalu mereka mengikuti kebenaran..Ya Allah..maka tunjukkanlah dia yang benar itu adalah benar dan kurniakan padanya kekuatan untuk mengikuti kebenaran..sesungguhnya Engkau-lah yang paling penyayang terhadap hamba-hambaMu jika dibanding kasih-sayang hambaMu (Al-Mahdi) ini terhadap hamba-hambaMu yang lain..
Sesungguhnya janjiMu benar sedang Engkaulah yang Maha Pengasih di antara para penyayang..
وسلاما على المُرسلين والحمدُ لله رب العالمين
Salam ke atas para utusan
Segala pujian hanya layak bagi Allah
أخو المُسلمين في دين الله الرؤف الرحيم بالمؤمنيين الناصر لخاتم الأنبياء والمُرسلين عليه الصلاة والسلام وأله الذليل على المؤمنيين الإمام ناصر محمد اليماني
Saudara seagama kaum muslimin,
agama Allah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang
terhadap orang-orang yang beriman
Seorang pembela, penolong, dan pejuang yang mengikuti perjuangan
penutup para Nabi dan para Rasul
-عليه الصلاة والسلام وأله-
Yang rendah hati terhadap orang-orang yang beriman
Imam Naser Muhammad Al-Yamani
___________
Alih Bahasa Arab-Melayu :
Nasir Al Mahdi - Isnin 9.15 am
22 Rabiul Akhir 1434 /
04 Maret 2013
Sumber asal:
https://albushra-islamia.org./showthread.php?t=1003