>المصدر<


الإمام ناصر محمد اليماني
Al-Imam Naser Mohammed Al-Yamani
22 - -09 -1430 هـ
12 - 09 - 2009 مـ
01:11 صباحاً
ــــــــــــــــــ



إلى من يزعم تفجير الكعبة بيت الله المُعظم ..

Kepada yang mengakui peletupan Ka'bah Rumah Allah..


بسم الله الرحمن الرحيم، وسلامٌ على المُرسلين، والحمدُ لله ربّ العالمين..

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, salam sejahtera ke atas para Rasul dan segala puji hanya bagi Allah Tuhan Semesta Alam..


إنما تدّمير الكعبة من مكركم لينتظر المُسلمون تدميرها فلا يدافعون عن بيت الله المُعظم باستماتةٍ بظنّ أنّ تدميرها جاء في السيرة النّبويّة للأخبار القادمة، وإنكم لكاذبون، فلن تستطيعوا أن تدمِّروها ، والكعبة لها ربٌّ يحميها حتى ولو لم يدافع عنها المؤمنون، فارتدّوا على أدبارهم فالكعبة لها ربٌّ يحميها، سُبحانه وتعالى علّواً كبيراً الذي حماها من قبل من أبرهة وجُنده، ولا تزال الحماية والحراسة مُستمرة لبيت الله المعظم وحرسها من جُند الله طيراً أبابيل. تصديقاً لقول الله تعالى: {إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا وَيَصُدُّونَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ وَالْمَسْجِدِ الْحَرَامِ الَّذِي جَعَلْنَاهُ لِلنَّاسِ سَوَاءً الْعَاكِفُ فِيهِ وَالْبَادِ وَمَنْ يُرِدْ فِيهِ بِإِلْحَادٍ بِظُلْمٍ نُذِقْهُ مِنْ عَذَابٍ أَلِيمٍ} صدق الله العظيم [الحج:25].

Sesungguhnya penghancuran Ka'bah itu adalah dari makar tipudaya kalian, supaya orang-orang Islam menunggu penghancurannya, supaya mereka tidak mempertahankan Rumah Suci Allah dengan perjuangan yang terdesak, dengan persangkaan bahawa penghancuran Ka'bah itu telah dinyatakan pada Sirah Nabawiyyah bagi berita-berita yang akan datang, padahal kalian berdusta, kerana kalian tidak akan mampu untuk menghancurkan Baitullah.

Ini kerana Ka'bah adalah kepunyaan Tuhan Yang Maha Menjaga dan Memeliharanya meskipun orang-orang yang beriman tidak mempertahankan Rumah Allah itu, dan mereka telah berbalik kepada keingkaran mereka, padahal Ka'bah itu, ada Tuhan Yang Maha Menjaga dan Memeliharanya, Maha Suci Dia lagi Maha Luhur, Maha Tinggi lagi Maha Agung, Dzat yang telah menjaganya sebelum ini dari Abrahah bersama tenteranya, dan tetap berterusan pemeliharaan dan penjagaan terhadap Rumah Allah yang suci hingga kini, sedang yang menjadi penjaga Ka'bah itu adalah tentera Allah, Thoyran Abaabil, pasukan burung yang berbondong-bondong.

Pembenaran terhadap firman Allah Ta'ala:

Sesungguhnya orang-orang yang kafir dan menghalangi manusia dari jalan Allah dan Masjidil Haram yang telah Kami jadikan untuk semua manusia, baik yang bermukim di situ maupun di padang pasir dan siapa yang bermaksud di dalamnya melakukan kejahatan secara zalim, niscaya akan Kami rasakan kepadanya sebahagian seksaan yang pedih. (25)
Maha Benar Allah
[Al-Hajj]


وأما العذاب الأليم فسبق بيانه من ربّ العالمين. تصديقاً لقول الله تعالى:
{أَلَمْ تَرَ كَيْفَ فَعَلَ رَبُّكَ بِأَصْحَابِ الْفِيلِ (1) أَلَمْ يَجْعَلْ كَيْدَهُمْ فِي تَضْلِيلٍ (2) وَأَرْسَلَ عَلَيْهِمْ طَيْرًا أَبَابِيلَ (3) تَرْمِيهِم بِحِجَارَةٍ مِّن سِجِّيلٍ (4) فَجَعَلَهُمْ كَعَصْفٍ مَّأْكُولٍ (5)} صدق الله العظيم [الفيل].

Adapun seksaan yang pedih itu, maka bayan mengenainya telah dinyatakan oleh Tuhan Semesta Alam.

Pembenaran terhadap firman Allah Ta'ala:

Apakah kamu tidak memperhatikan bagaimana Tuhanmu telah bertindak terhadap tentara bergajah? (1)

Bukankah Dia telah menjadikan tipu daya mereka [untuk menghancurkan Ka’bah] itu sia-sia?, (2)

Dan Dia mengirimkan kepada mereka pasukan burung yang berbondong-bondong, (3)

yang melempari mereka dengan batu dari Sijjil –batu berapi-, (4)

lalu Dia menjadikan mereka (hancur) seperti daun-daun yang dimakan [ulat]. (5)
Maha Benar Allah
[Al-Fiil]


وأما السُفياني، فاليماني وقف معه بادئ الأمر للدفاع عن أرض وعرض المُسلمين، ولكنْ تبين لي أنّه كان من الظالمين، وعسى الله أنّه قد تقبل توبته، إن ربي غفورٌ رحيمٌ.

Adapun As-Sufyani, maka Al-Yamani telah berdiri (berjuang) bersama dengannya pada permulaanya, untuk mempertahankan tanah dan harta benda kaum muslimin, namun telah jelas bagiku bahawa As-Sufyani itu termasuk kalangan yang zalim, mudah-mudahan Allah telah menerima taubatnya, sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.


وتلقينا الفتوى بالحق أنّ السفياني هو صدام حُسين، ولكن الفتوى أنه لا خير في صدام، أي لا خير في نصره وظهوره على المُسلمين كما كان يريد أن يملكهم، ومضى وانقضى أمره، وحقيق لا أقول على الله إلا الحقّ.

Kami telah menerima fatwa dengan kebenaran, bahawa As-Sufyani adalah Saddam Hussein, namun fatwa itu menyatakan bahawa tidak ada kebaikan pada Saddam, yakni tidak ada kebaikan dalam kemenangannya dan kemunculannya ke atas kaum muslimin, sebagaimana dia ingin menguasai mereka, dan urusannya telah selesai dan berlalu, sudah selayaknya aku tidak menyatakan terhadap Allah kecuali kebenaran.


وسلامٌ على المُرسلين، والحمدُ لله ربّ العالمين..
العدو اللدود لليهود المُعتدين الإمام المهدي ناصر محمد اليماني.

Salam sejahtera ke atas para Rasul dan segala puji
hanya bagi Allah Tuhan Semesta Alam..

Musuh sengit bagi Yahudi yang melampaui batas,

Al-Imam Al-Mahdi Naser Mohammed Al-Yamani


ــــــــــــــــــــ

sumber:
https://albushra-islamia.org./showthread.php?t=1990