الموضوع: Balasan untuk Ahmad Sya'ban: Itulah dzikir yang selalu disebutkan secara jahar {ALLAAHU AKBAR}, sehingga suara berkumandang dan bergema dengannya di rumah-rumah Allah..

النتائج 1 إلى 5 من 5
  1. افتراضي Balasan untuk Ahmad Sya'ban: Itulah dzikir yang selalu disebutkan secara jahar {ALLAAHU AKBAR}, sehingga suara berkumandang dan bergema dengannya di rumah-rumah Allah..

    المصدر:
    >>الردّ على أحمد شعبان<<


    -1-

    الإمام ناصر محمد اليماني
    Al-Imam Naser Mohammed Al-Yamani
    26 - 07 -1430 هـ
    19 - 07- 2009 مـ
    01:50 صباحاً
    ــــــــــــــــــــ


    الردّ على أحمد شعبان: وذلك ما يذكر جهرةً دائماً "الله أكبر" فيدوّي بها الصوت في بيوت الله..

    Balasan untuk Ahmad Sya'ban: Itulah dzikir yang selalu disebutkan secara jahar "ALLAAHU AKBAR", sehingga suara berkumandang dan bergema dengannya di rumah-rumah Allah..


    بسم الله الرحمن الرحيم، والصلاة والسلام على النّبيّ الأميّ وآله التابعين، وسلامٌ على المرسلين، والحمد لله ربّ العالمين..

    Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, sholawat dan salam ke atas Nabi yang ummi beserta keluarga para pengikutnya, salam sejahtera ke atas para rasul dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam..


    قال الله تعالى:
    { قُلِ ادْعُوا اللَّهَ أَوِ ادْعُوا الرَّحْمَٰنَ أَيًّا مَّا تَدْعُوا فَلَهُ الْأَسْمَاءُ الْحُسْنَىٰ } صدق الله العظيم [الإسراء:١١٠]

    Firman Allah Ta'ala:

    Katakanlah: "Serulah Allah atau serulah Ar-Rahman. Dengan nama yang mana saja kamu seru, Dia mempunyai al asmaaul husna [nama-nama yang terbaik]..(110)
    Maha Benar Allah
    [Al-Israa]



    أفلا ترى أن الله ذكر ثلاثة من أسمائه في آية واحدة:
    { إِنَّهُ مِن سُلَيْمَانَ وَإِنَّهُ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ }؟

    Tidakkah engkau lihat bahawasanya Allah telah menyebutkan tiga dari nama-nama-Nya pada satu ayat:

    Sesungguhnya surat itu, dari Sulaiman dan sesungguhnya [isi] nya: ’Dengan menyebut nama Allah Ar-Rahman Ar-Rahim -Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. (30)
    ?


    فجميعها أسماء الله فلا تفريق بين أسمائه، تصديقاً لقول الله تعالى:
    { قُلِ ادْعُوا اللَّهَ أَوِ ادْعُوا الرَّحْمَٰنَ أَيًّا مَّا تَدْعُوا فَلَهُ الْأَسْمَاءُ الْحُسْنَىٰ } صدق الله العظيم [الإسراء:١١٠]

    Kesemuanya itu merupakan nama-nama Allah, tiada perbezaan antara nama-nama-Nya, sebagai pembenaran terhadap firman Allah Ta'ala:

    Katakanlah: "Serulah Allah atau serulah Ar-Rahman. Dengan nama yang mana saja kamu seru, Dia mempunyai al asmaaul husna [nama-nama yang terbaik]..(110)
    Maha Benar Allah
    [Al-Israa]



    وبالنسبة لقول الله تعالى:
    { فِي بُيُوتٍ أَذِنَ اللَّهُ أَن تُرْفَعَ وَيُذْكَرَ فِيهَا اسْمُهُ } صدق الله العظيم [النور:٣٦]

    Mengenai firman Allah Ta'ala:

    Bertasbih kepada Allah di masjid-masjid yang telah diperintahkan untuk dimuliakan dan disebut nama-Nya di dalamnya
    Maha Benar Allah
    [An-Nuur]


    فأكثر ما يذكر فيها هو الاسم
    (الله) فتجده (الله أكبر) عند الأذان، (الله أكبر) عند الإحرام للصلاة، (الله أكبر) في جميع الأركان للصلاة إلى التسليم، وذلك ما يذكر جهرة دائماً (الله أكبر) فيدوي بها الصوت في بيوت الله، وذلك من أكثر أسماء الله يُذكر في بيوته، ومن ثمّ (الرحمن)، ومن ثمّ (الرحيم) { بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ }، وتلك من أكثر أسماء الله ذكراً في بيوته، ولو أني لم أفهم سؤالك بالضبط؟ فإذا لم أجب عليك كما ينبغي، فنرجوا أن توضح لنا سؤالك أكثر، ولمَ التفريق بين أسماء الله أخي الكريم؟ ولكن إذا حدّد الله لكم اسم تَذكُرهُ به في وقت مُعين فنفِّذوا أمر الله.

    Maka dzikir yang paling banyak disebut di masjid-masjid Allah adalah nama-Nya "ALLAH", kerana itu engkau temukan lafaz "ALLAAHU AKBAR" ketika adzan, "ALLAAHU AKBAR" ketika bertakbir memulai sholat, "ALLAAHU AKBAR" pada seluruh rukun sholat sampai salam.

    Itulah dzikir yang selalu disebut secara jahar,
    "ALLAAHU AKBAR", hinggakan suara berkumandang dan bergema dengannya di rumah-rumah Allah, demikianlah antara nama-nama Allah yang disebutkan di rumah-rumah-Nya, lalu setelah itu nama-Nya "AR-RAHMAN", lalu kemudian nama-Nya "AR-RAHIM",
    Bismillaahir_rahmaanir_rahiim -dengan menyebut nama Allah Ar-Rahman Ar-Rahim-
    .

    Itulah di antara nama-nama Allah yang paling banyak disebutkan di rumah-rumah-Nya, ataupun aku ini tidak memahami apa pertanyaanmu secara tepatnya
    ?

    Sekiranya aku tidak memberikan kepadamu jawaban sebagaimana sepatutnya, harap engkau dapat menjelaskan pertanyaanmu kepada kami lebih banyak lagi, dan mengapa pula engkau membeza-bezakan antara nama-nama Allah wahai saudaraku yang budiman
    ?

    Begitupun, bilamana Allah menentukan secara khusus bagi kalian akan nama-Nya untuk kalian sebutkan di rumah-Nya pada waktu tertentu, maka laksanakanlah oleh kalian akan perintah Allah.



    وسلامٌ على المرسلين، والحمد لله ربّ العالمين..
    أخوك الإمام ناصر محمد اليماني.

    Salam ke atas para rasul dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam

    Saudaramu, Al-Imam Naser Mohammed Al-Yamani.


    ــــــــــــــــــ


    sumber:
    https://albushra-islamia.org./showthread.php?p=5011


  2. افتراضي Balasan Imam Mahdi kepada Ahmad Sya'ban..


    -2-

    الإمام ناصر محمد اليماني
    Al-Imam Naser Mohammed Al-Yamani
    02 - 08 -1430 هـ
    25 - 07- 2009 مـ
    08:43 مساءً
    ــــــــــــــــــــ


    ردّ الإمام المهديّ على أحمد شعبان..

    Balasan Imam Mahdi kepada Ahmad Sya'ban..


    اقتباس المشاركة :
    المشاركة الأصلية كتبت بواسطة احمد شعبان
    تحية مباركة طيبة وبعد، لي سؤال أرجو الإجابة عليه وهو: توضيح العلاقة بين لفظ الجلالة " الله " والأسماء الحسنى، ولسيادتكم جزيل شكري. والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته.

    Postingan asal ditulis oleh Ahmad Sya'ban
    Aku ucapkan salam penghormatan yang baik lagi berkah, selanjutnya aku punya pertanyaan yang aku harapkan jawabannya, ianya adalah:
    Penjelasan mengenai hubungan antara lafaz jalalah "ALLAH" dan nama-nama-Nya yang baik
    (asmaaul husna).

    Kepada tuan-puan di forum aku ucapkan terima kasih, salam sejahtera ke atas kalian beserta rahmat Allah dan keberkahan-Nya.
    انتهى الاقتباس


    بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ النّعيم الأعظم في رضاه وفي ذلك يوجد البيان الحقّ لاسم الله سبحانه وتعالى علوّاً كبيراً، أفلا يعلمون أنهم عبيد (للَّهِ) الحقّ لعبادة عما سواه، والذين ألهاهم عن (اللَّهِ الحقّ) التكاثر في الحياة الدُّنيا؟ أولئك ما قدروا الله حقّ قدره لأنهم لم يعرفوا (الله) حقّ معرفته، ولو عرفوا حقيقة (اللَّهِ الحقّ) عمن سواه لما ألهاهم عنه أيّ شيء في الوجود كُلّه، ولكنهم ما عرفوا الحقّ حقّ معرفته ولذلك ألهاهم عنه سواه؛ التكاثر في الحياة الدُّنيا وزينتها.

    Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, An-Na'eem Al-A'dhom -Kenikmatan Yang Teragung- pada redha-Nya, dan pada yang demikian terdapat Al-Bayan Al-Haq -keterangan yang benar- bagi nama Allah Maha Suci Dia dan Maha Tinggi, yang Maha Luhur lagi Maha Agung.

    Tidakkah mereka tahu bahawasanya mereka adalah hamba-hamba
    kepunyaan Allah Al-Haq, yang Maha Benar lagi berhak untuk mereka sembah dari selain-Nya, yaitu orang-orang yang telah dilalaikan dari Allah Al-Haq, mereka itu dilalaikan dan dilekakan oleh sifat bermegah-megah mereka dalam kehidupan dunia? Mereka itulah orang-orang yang tidak mengagungkan Allah dengan pengagungan yang semestinya, kerana mereka itu tidak mengenal Allah dengan pengenalan yang sebenar-benarnya.

    Seandainya mereka benar-benar mengenal hakikat
    Allah Al-Haq, yang Maha Benar lagi berhak untuk mereka sembah dari selain-Nya, nescaya mereka tidak dilalaikan dari-Nya oleh suatu apapun yang ada seluruhnya, namun mereka tidak mengenal Al-Haq dengan pengenalan yang sebenarnya, sebab itu selain-Nya telah melalaikan mereka dari-Nya; bermegah-megahan dalam kehidupan dunia dan perhiasannya.


    ذلك خلاصة البيان لاسم (الله) تجدوه في قول الله تعالى: { بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ }

    Demikianlah keterangan ringkas bagi nama ALLAH, yang dapat kalian temukannya pada firman Allah Ta'ala:

    Bismillaahir rahmaanir rahiim
    -Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani-



    أي (اللَّهُ) الحقّ لعبيده عما سواه؛ (الرحمن) على العرش استوى أرحم الراحمين، فلا يوجد شيء في الوجود كله هو أرحم بعباده من (اللَّهِ) أرحم الرحمين, فلا يلهكم عن ذكره سواه فإن الذين ألهاهم عن (اللَّهِ الحقّ) سواه فلم يكن محياهم (للَّهِ) في هذه الحياة ولذلك خلقهم ولذلك يعذبهم عذاباً نُكراً.

    Yakni, ALLAH AL-HAQ, yang Maha Benar lagi berhak untuk hamba-hamba-Nya dari selain-Nya; AR-RAHMAAN yang bersemayam di Arasy, arhamar raahimiin –yang Paling Penyayang dari semua yang menyayangi-, maka tiadalah sesuatu dalam kewujudan seluruhnya yang lebih menyayangi hamba-Nya dari ALLAH arhamar raahimiin
    -yang Paling Pengasih dari seluruh yang mengasihani-.

    Oleh itu, janganlah kalian dilalaikan dari mengingat-Nya oleh selain-Nya, kerana orang-orang yang telah dilalaikan dari
    ALLAH AL-HAQ oleh selain-Nya, maka tiadalah penghidupan mereka itu semata-mata kerana Allah dalam kehidupan dunia ini, padahal (untuk hidup) hanya kerana Allah-lah mereka itu diciptakan, lantaran itu Allah mengazab mereka dengan azab seksaan yang tiada taranya (jika mereka aniaya dalam kehidupan dunia).


    ولكلِّ اسمٍ من أسماء الله الحسنى بيانٌ تجدونه الحقّ على الواقع الحقيقي في أنفسكم وفيما بين يديكم في سماواته وأرضه ولكن أكثر الناس لا يشكرون!
    فهم لِلّــــــهِ فكيف يعبدون سواه !!!!

    Bagi setiap nama dari asmaaul husna -nama-nama Allah yang baik-, ada bayan keterangan yang akan kalian temukannya benar dalam kenyataan pasti pada diri-diri kalian sendiri, juga pada segala sesuatu di hadapan kalian yang berada di langit dan bumi Allah, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mensyukuri (nikmat Allah)
    !
    Padahal mereka semua milik Allah, bagaimana pula mereka menyembah selain-Nya
    !!!!



    إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ؛ سبحانَ رَبِّكَ ربّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ.

    Sesungguhnya kita ini milik Allah, dan sesungguhnya kepada-Nya kita akan kembali; Maha Suci Tuhanmu Yang Empunya Keperkasaan dari apa yang mereka katakan.


    وَسَلامٌ عَلَى الْمرسلِينَ، وَالْحمد لِلَّهِ ربّ العالمين..
    أخوكم عبد النّعيم الأعظم الإمام المهديّ ناصر محمد اليماني.


    Salam ke atas para utusan dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam..

    Saudara kalian, pengabdi An-Na'eem Al-A'dhom,
    Al-Imam Al-Mahdi Naser Mohammed Al-Yamani.

    ــــــــــــــــــــ


    sumber:
    https://albushra-islamia.org./showthread.php?p=5012

  3. افتراضي


    -3-

    الإمام ناصر محمد اليماني
    Al-Imam Naser Mohammed Al-Yamani
    04 - 08 -1430 هـ
    27 - 07- 2009 مـ
    03:40 صباحاً
    ـــــــــــــــــــ


    ويكفينا في معرفة عظمة الله سبحانه أن نتفكر في آياته..

    Cukuplah bagi kita dalam mengenal keagungan Allah Maha Suci Dia dengan bertafakkur pada ayat-ayat-Nya..


    بسم الله الرحمن الرحيم، وسلامٌ على المرسلين، والحمد لله ربّ العالمين..

    Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, salam ke atas para rasul dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam..


    أخي أحمد شعبان؛ المعذرة أنا من قام بحذفه شخصياً لأني والله العظيم لا أرى فيه خيراً للأمة أخي الكريم، فسوف يجبرهم بيانك للتفكير في شيءٍ ليس كمثله شيء فلا يحيطون بذاته علماً، والمسموح هو التّفكر في آياته فإن تجاوزوا كفروا، فكيف يتفكرون في شيءٍ ليس كمثله شيء وهو السميع البصير؟ ويكفينا في معرفة عظمة الله سبحانه أن نتفكر في آياته وقال الله تعالى:
    { قُلْ أَئِنَّكُمْ لَتَكْفُرُونَ بِالَّذِي خَلَقَ الْأَرْضَ فِي يَوْمَيْنِ وَتَجْعَلُونَ لَهُ أَندَادًا ذَٰلِكَ ربّ العَالَمينَ ﴿٩﴾ وَجَعَلَ فِيهَا رَوَاسِيَ مِن فَوْقِهَا وَبَارَكَ فِيهَا وَقَدَّرَ فِيهَا أَقْوَاتَهَا فِي أَرْبَعَةِ أَيَّامٍ سَوَاءً لِّلسَّائِلِينَ ﴿١٠﴾ ثُمَّ اسْتَوَىٰ إِلَى السَّمَاءِ وَهِيَ دُخَانٌ فَقَالَ لَهَا وَلِلْأَرْضِ ائْتِيَا طَوْعًا أَوْ كَرْهًا قَالَتَا أَتَيْنَا طَائِعِينَ ﴿١١﴾ فَقَضَاهُنَّ سَبْعَ سَمَاوَاتٍ فِي يَوْمَيْنِ وَأَوْحَىٰ فِي كلّ سَمَاءٍ أَمْرَهَا وَزَيَّنَّا السَّمَاءَ الدُّنيا بِمَصَابِيحَ وَحِفْظًا ذَٰلِكَ تَقْدِيرُ الْعَزِيزِ الْعَلِيمِ ﴿١٢﴾ } صدق الله العظيم [فصلت]

    Saudaraku Ahmad Sya'ban (former); Maaf, aku sendiri-lah yang telah membuang keteranganmu, kerana demi Allah yang Maha Agung, aku mendapati ianya tidak baik untuk umat wahai saudaraku yang budiman, kerana kelak keteranganmu itu akan memaksa mereka untuk bertafakkur pada "SESUATU" yang tidak ada sesuatu apapun semisal-Nya, padahal tiadalah mereka itu punya pengetahuan terhadap DZAT-NYA.

    Apa yang diperbolehkan adalah bertafakkur pada ayat-ayat-Nya, memikirkan tanda-tanda kekuasaan-Nya, dan sekiranya mereka melampaui batas dengan bertafakkur pada DZAT-NYA, maka mereka telah mengingkari-Nya, bagaimana mereka dapat memikirkan mengenai "SESUATU" yang tiada sesuatu apapun yang semisal-Nya sedang Dia Maha Mendengar lagi Maha Menyaksikan hamba-hamba-Nya
    ?

    Cukuplah bagi kita dalam bermakrifat akan keagungan Allah Maha Suci Dia dengan bertafakkur pada ayat-ayat Allah, dengan memikirkan tanda-tanda kekuasaan-Nya, firman Allah Ta'ala:

    Katakanlah: "Sesungguhnya patutkah kalian kafir kepada Yang menciptakan bumi dalam dua hari, dan kalian adakan sekutu-sekutu bagi-Nya? [Yang bersifat] demikian itulah Tuhan Semesta Alam". (9)

    Dan Dia menciptakan di bumi itu gunung-gunung yang kokoh di atasnya. Dia memberkahinya dan Dia menentukan padanya kadar makanan-makanan [penghuni]nya dalam empat hari. [Penjelasan itu sebagai jawaban] bagi orang-orang yang bertanya. (10)

    Kemudian Dia menuju langit dan langit itu masih merupakan asap, lalu Dia berkata kepada langit dan kepada bumi: "Datanglah kalian keduanya menurut perintah-Ku dengan suka hati atau terpaksa". Keduanya menjawab: "Kami datang dengan suka hati". (11)

    Maka Dia menjadikannya tujuh langit dalam dua hari dan Dia mewahyukan pada tiap-tiap langit urusannya. Dan Kami hiasi langit yang dekat dengan bintang-bintang yang cemerlang dan Kami memeliharanya dengan sebaik-baiknya. Demikianlah ketentuan Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui. (12)

    Maha Benar Allah
    [Fushshilat]



    فكن من الذين قال الله عنهم:
    { الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللَّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَىٰ جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَٰذَا بَاطِلًا سبحانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ } صدق الله العظيم [آل‌عمران:١٩١]

    Maka dari itu jadilah engkau termasuk kalangan orang-orang yang Allah nyatakan pada firman-Nya mengenai mereka:

    [yaitu] orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi [seraya berkata]: "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka. (191)
    Maha Benar Allah
    (Keluarga 'Imran)


    وسلامٌ على المرسلين، والحمد لله ربّ العالمين..
    أخوك الإمام المهديّ ناصر محمد اليماني.

    Salam ke atas para rasul dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam..

    Saudaramu Al-Imam Al-Mahdi Naser Mohammed Al-Yamani.


    ـــــــــــــــــــ

    sumber:
    https://albushra-islamia.org./showthread.php?p=5013


  4. افتراضي Allah [Pemberi] cahaya [kepada] langit dan bumi. Perumpamaan cahaya Allah adalah seperti Misykaat -lubang yang tak tembus-, yang di dalamnya ada pelita besar..


    - 4-

    الإمام ناصر محمد اليماني
    Al-Imam Naser Mohammed Al-Yamani
    12 - 08 - 1430 هـ
    04 - 08 - 2009 مـ
    03:07 صباحاً
    ــــــــــــــــــــ


    { اللَّهُ نُورُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ مَثَلُ نُورِهِ كَمِشْكَاةٍ فِيهَا مِصْبَاحٌ }..

    Allah [Pemberi] cahaya [kepada] langit dan bumi. Perumpamaan cahaya Allah adalah seperti Misykaat -lubang yang tak tembus-, yang di dalamnya ada pelita besar..


    بسم الله الرحمن الرحيم، وسلامٌ على المرسلين، والحمد لله ربّ العالمين..

    Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, salam ke atas para Rasul dan segala puji hanya bagi Allah Tuhan Semesta Alam..


    أخي الكريم أحمد شعبان؛ إن الإمام المهديّ يحترمك كثيراً ولو لم تكن من الموقنين نظراً لأنك محترم في الحوار، ويا أخي الكريم إني أراك تريد أن تثبت مثل نور الله ولكن الله ليس كمثله شيء.

    Saudaraku yang mulia (forumer) Ahmad Sya'ban;

    Sesungguhnya Imam Mahdi sangat menghormatimu meskipun kamu belum termasuk kalangan orang-orang yang meyakini, ini kerana kamu adalah orang yang terhormat dalam berhiwar.

    Wahai saudaraku yang mulia, sesungguhnya aku lihat kamu mahu memastikan dan membuktikan perumpamaan cahaya Allah, akan tetapi Allah itu, tiada sesuatu yang seumpama-Nya


    وإنما مَثَلُ نوره الظاهر هو نورُ الهدى الباطن، وهو نورٌ حقيقي يأتي من سدرة المُنتهى ليكون نور البصيرة، وأما النّور الظاهر فهو نور القدرة.

    Sesungguhnya perumpamaan cahaya-Nya yang zahir adalah cahaya petunjuk kebenaran yang batin, itulah cahaya hakiki yang datang dari Sidratul Muntaha agar ianya menjadi cahaya mata hati Bashirah, adapun cahaya-Nya yang zahir, maka ianya adalah cahaya Qudrah-Nya.


    وعلى كلّ حال فانظر لقول الله تعالى:
    { نُّورٌ عَلَىٰ نُورٍ } [النور:36]، فله نورٌ ظاهرٌ يشرق من وراء الحجاب يوم الحساب سبحانه وتعالى علوّاً كبيراً!! تصديقاً لقول الله تعالى: { وَأَشْرَقَتِ الْأَرْضُ بِنُورِ رَبِّهَا } صدق الله العظيم [الزمر:٦٩]

    Apapun, kamu perhatikan firman Allah Ta'ala:

    Cahaya di atas cahaya
    [An-Nur: 36]

    Allah empunya cahaya zahir yang terbit bersinar dari balik hijab pada Hari Perhitungan Maha Suci Dia lagi Maha Tinggi, Maha Luhur lagi Maha Agung
    !!

    Pembenaran terhadap firman Allah Ta'ala:

    Dan akan bersinar terang-benderanglah bumi (Hari Perhitungan) dengan cahaya Tuhannya
    Maha Benar Allah
    [Az-Zumar: 69]


    ومثله النّور الباطن وهو نور الهدى لتبصر به القلوب فتحيا، ومن لم يجعل الله لهُ نوراً فما له من نورٍ. تصديقاً لقول الله تعالى:
    { أَوَمَن كَانَ مَيْتًا فَأَحْيَيْنَاهُ وَجَعَلْنَا لَهُ نُورًا يَمْشِي بِهِ فِي النَّاسِ كَمَن مَّثَلُهُ فِي الظُّلُمَاتِ لَيْسَ بِخَارِجٍ مِّنْهَا كَذَٰلِكَ زُيِّنَ لِلْكَافِرِينَ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ } صدق الله العظيم [الأنعام:١٢٢]

    Perumpamaan cahaya-Nya yang zahir adalah cahaya-Nya yang batin, ia merupakan cahaya petunjuk kebenaran yang menerangi hati, maka dengan cahaya itulah hati menjadi hidup.

    Barangsiapa yang Allah tidak jadikan cahaya untuknya, maka tiadalah dia mempunyai sebarang cahaya.

    Benarlah firman Allah Ta'ala:

    Dan apakah orang yang sudah mati kemudian dia Kami hidupkan, dan Kami berikan kepadanya cahaya yang terang, yang dengan cahaya itu dia dapat berjalan di tengah-tengah masyarakat manusia, serupa dengan orang yang keadaannya berada dalam gelap gulita yang sekali-kali tidak dapat keluar daripadanya? Demikianlah Kami jadikan orang yang kafir itu memandang baik apa yang telah mereka kerjakan. (122)
    Maha Benar Allah
    [Al-An'aam: 122]


    وأما المشكاة: فهي علماء الأمّة الصالحون الذين لا يقولون على الله ما لا يعلمون؛ ورثة العلم في الغرف الصغرى بجانب القبلة يجعلهم الله سراجاً مُنيراً على منابر بيوت الله، وبيت الله كذلك يقتبس منهُ المُصلين النّور بذكر الله في بيوته فيمدهم بالنّور الباطن، تصديقاً لقول الله تعالى: { اللَّهُ نُورُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ مَثَلُ نُورِهِ كَمِشْكَاةٍ فِيهَا مِصْبَاحٌ الْمِصْبَاحُ فِي زُجَاجَةٍ الزُّجَاجَةُ كَأَنَّهَا كَوْكَبٌ دُرِّيٌّ يُوقَدُ مِن شَجَرَةٍ مُّبَارَكَةٍ زَيْتُونِةٍ لَّا شَرْقِيَّةٍ وَلَا غَرْبِيَّةٍ يَكَادُ زَيْتُهَا يُضِيءُ وَلَوْ لَمْ تَمْسَسْهُ نَارٌ نُّورٌ عَلَى نُورٍ يَهْدِي اللَّهُ لِنُورِهِ مَن يَشَاءُ وَيَضْرِبُ اللَّهُ الْأَمْثَالَ لِلنَّاسِ وَاللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ (35) فِي بُيُوتٍ أَذِنَ اللَّهُ أَن تُرْفَعَ وَيُذْكَرَ فِيهَا اسْمُهُ يُسَبِّحُ لَهُ فِيهَا بِالْغُدُوِّ وَالْآصَالِ (36) رِجَالٌ لَّا تُلْهِيهِمْ تِجَارَةٌ وَلَا بَيْعٌ عَن ذِكْرِ اللَّهِ وَإِقَامِ الصَّلَاةِ وَإِيتَاء الزَّكَاةِ يَخَافُونَ يَوْماً تَتَقَلَّبُ فِيهِ الْقُلُوبُ وَالْأَبْصَارُ (37) لِيَجْزِيَهُمُ اللَّهُ أَحْسَنَ مَا عَمِلُوا وَيَزِيدَهُم مِّن فَضْلِهِ وَاللَّهُ يَرْزُقُ مَن يَشَاءُ بِغَيْرِ حِسَابٍ (38) } صدق الله العظيم [النور]

    Adapun Misykaat itu:

    Maka ianya adalah ulama umat yang sholeh, yaitu orang-orang yang tidak mengatakan terhadap Allah pada perkara yang mereka tiada mengetahuinya; merekalah pewaris ilmu pengetahuan di ruang-ruang kecil di sisi Kiblat.

    Allah menjadikan mereka Siraj Munir -cahaya yang menerangi- di atas mimbar-mimbar pada masjid-masjid Rumah Allah, demikian juga Rumah Allah, orang-orang yang bersholat mengambil sebahagian cahaya itu darinya dengan mengingati Allah di situ.

    Maka rumah-rumah-Nya memperluaskan dan menambahterangi mereka dengan cahaya-Nya yang batin, pembenaran terhadap firman Allah Ta'ala:

    Allah [Pemberi] cahaya [kepada] langit dan bumi. Perumpamaan cahaya Allah, adalah seperti Misykaat -sebuah lubang yang tak tembus- yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dalam kaca [dan] kaca itu seakan-akan bintang [yang bercahaya] seperti mutiara, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang banyak berkahnya, [yaitu] pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur [sesuatu] dan tidak pula di sebelah barat [nya], yang minyaknya [saja] hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya, Allah membimbing kepada cahaya-Nya siapa yang Dia kehendaki, dan Allah memperbuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia, dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. (35)

    Bertasbih kepada Allah di masjid-masjid yang telah diperintahkan untuk dimuliakan dan disebut nama-Nya di dalamnya, pada waktu pagi dan waktu petang, (36)

    Laki-laki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan tidak [pula] oleh jual-beli dari mengingat Allah, dan [dari] mendirikan sholat, dan [dari] membayarkan zakat. Mereka takut kepada suatu hari yang [di hari itu] hati dan penglihatan menjadi goncang. (37)

    Supaya Allah memberi balasan kepada mereka [dengan balasan] yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan, dan supaya Allah menambah karunia-Nya kepada mereka. Dan Allah memberi rezki kepada siapa yang dikehendaki-Nya tanpa batas. (38)
    Maha Benar Allah
    [An-Nuur]


    وتبين لك أن الله ليس كمثله شيء أخي الكريم وليس كمثل نوره ليزر سبحانه؛ ليس كمثله شيء! وإنما مثل نوره الظاهر هو النّور الباطن يُقتبس منه نور البصيرة.

    Jadi jelaslah bagi kamu bahawa Allah itu, tiada sesuatu yang seumpama-Nya wahai saudaraku yang mulia, tidaklah cahaya laser umpama cahaya-Nya Maha Suci Dia; tidak ada sesuatu yang menyerupai-Nya
    !

    Sesungguhnya perumpamaan cahaya-Nya yang zahir adalah cahaya-Nya yang batin, yang mana cahaya mata hati Bashirah mengambil sebahagian dari cahaya-Nya yang batin itu.


    أما ذات الله سبحانه فهو مستويٌّ على العرش العظيم, وإنما النّورين الظاهر والباطن يشرقان فيخترقان الحجاب, فالنّور الظاهر سبق بيانه والباطن نقتبس منه نور البصيرة لقلوبنا بذكر الله:
    { أَلَا بِذِكْرِ اللَّـهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ ﴿٢٨﴾ } صدق الله العظيم [الرعد]

    Adapun Dzat Allah Maha Suci Dia, maka Dia bersemayam atas Arsy-Nya yang agung, adapun dua cahaya-Nya zahir dan batin yang terbit menerangi hingga menembusi hijab-Nya, maka cahaya-Nya yang zahir telah kami jelaskan sebelum ini, demikian juga cahaya-Nya yang batin, yang kita ambil sebahagian dari cahaya itu sebagai cahaya Bashirah untuk hati kita dengan berzikir mengingati Allah:

    Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram. (28)
    Maha Benar Allah
    [Ar-Ra'd]


    وسلامٌ على المرسلين، والحمد لله ربّ العالمين..
    أخوك الإمام ناصر محمد اليماني.

    Salam ke atas para Rasul dan segala puji
    hanya bagi Allah Tuhan Semesta Alam..

    Saudaramu, Al-Imam Naser Mohammed Al-Yamani.

    ــــــــــــــــــــ

    sumber:
    https://albushra-islamia.org./showthread.php?p=5014

  5. افتراضي


    -5-

    الإمام ناصر محمد اليماني
    Al-Imam Naser Mohammed Al-Yamani
    07 - 04 - 1431 هـ
    23 - 03 - 2010 مـ
    12:30 صباحاً
    ـــــــــــــــــــ



    بسم الله الرحمن الرحيم

    وسلامُ على المُرسلين والحمدُ لله رب العالمين

    Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih

    Salam sejahtera ke atas para Rasul dan segala puji hanya bagi Allah Tuhan Sekalian Alam


    الأخ أحمد شعبان ليت علمي متى الله سوف ينير قلبك بالحق من ربك فمالك ولهو الحديث الذي تأتينا به أخي الكريم إنما تشغل الأنصار والزوار بقراءة مالم يستفيدوا منه شيء ويا أخي الكريم لا تشتري لهو الحديث بآيات والبيان الحق للقرآن العظيم الذي ينير القلوب فيزيدها نوراً على نور كلما تدبر وتفكر في البيان الحق للذكر يزيده الله به نوراً ويا أخي الكريم كن من الشاكرين أن أعثرك الله على دعوة المهدي المنتظر في عصر الحوار من قبل الظهور فتصور كم ندمك عظيم لو لم يجعلك الله من الأنصار السابقين الأخيار في عصر الحوار من قبل الظهور وأقسم بالله العظيم إذا لم تتبع الحق من ربك أنه سوف يأتي يوم تقول فيه يا ليتني اتخذت مع الإمام المهدي سبيل الحق إلى رب العالمين فيجعلني ربي من المقربين ومن أحبابه الذين وعد بهم في الكتاب المبين:
    ((يا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا مَنْ يَرْتَدَّ مِنْكُمْ عَنْ دِينِهِ فَسَوْفَ يَأْتِي اللَّهُ بِقَوْمٍ يُحِبُّهُمْ وَيُحِبُّونَهُ)) صدق الله العظيم, [المائدة:54]

    Saudara Ahmad Sya’ban, andai aku mengetahui bila kelak Allah SWT akan menerangi hatimu dengan kebenaran dari Tuhanmu, apa yang engkau inginkan dengan perkataan tidak berguna yang engkau bawa wahai saudara yang budiman, engkau hanya menyibukkan para anshar dan pengunjung (website) dengan membaca tulisan yang tidak berfaedah sama sekali.

    Wahai saudaraku yang mulia, janganlah menukar ayat-ayat dan keterangan yang benar -Al-Bayan Al-Haq- bagi Al-Qur’an yang menerangi hati lalu menambahnya dengan cahaya di atas cahaya, dengan perkataan-perkataan yang tidak berguna.

    Setiap kali engkau bertadabbur dan bertafakkur pada Al-Bayan Al-Haq bagi Al-Qur’an, maka Allah SWT akan menambahkan dengannya cahaya pada cahaya.

    Wahai saudaraku yang budiman, jadilah engkau di kalangan orang-orang yang bersyukur kerana Allah SWT telah mempertemukanmu dengan Seruan Dakwah Al-Mahdi Al-Muntazhar di zaman hiwar sebelum tiba zaman muncul.

    Bayangkan betapa besar penyesalanmu kelak sekiranya Allah SWT tidak menjadikanmu dari kalangan Anshar Pendahulu Yang Budiman di zaman hiwar sebelum zaman tampil di hadapan umum.

    Aku bersumpah demi Allah yang Maha Agung, sekiranya engkau tidak mengikuti kebenaran dari Tuhanmu, maka kelak akan datang suatu hari di mana engkau akan mengatakan pada hari itu:

    "Aduhai andai sahaja aku dahulu mengikuti dan mengambil jalan kebenaran bersama-sama Al-Imam Al-Mahdi menuju Tuhan Semesta Alam, tentu Tuhanku menjadikan aku termasuk orang-orang yang didekatkan-Nya"

    Iaitu termasuk kalangan orang-orang yang dicintai-Nya, yang Allah SWT telah janjikan dengan mereka dalam Al-Qur’an:

    Hai orang-orang yang beriman, barangsiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan merekapun mencintai-Nya
    Maha Benar Allah
    (Al-Maa’idah)


    أولئك قوم استجابوا لحب الله وتنافسوا في حبه وقربه ونعيم رضوان نفسه أم ترى أنه ذكر في الموضع جنة أو نار بل ذكر الحُب فقط وذلك لأن جهادهم و إنفاقهم ودعوتهم إلى ربهم هو لأنهم يحبون الله ويطمعون في حب ربهم وقربه ونعيم رضوان نفسه حتى يرضى فكن منهم يا أحمد شعبان وكن من الشاكرين أن أعثرك على دعوة الإمام المهدي في عصر الحوار من قبل الظهور وكن من الشاكرين أن جعلك في الأمة التي بعث فيها المهدي المنتظر أفلا ترى أن الأمة التي بعث فيها محمد رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم أفلا ترى أن الذين صدقوا أمره وأشدوا أزره بادئ أمره جعلهم الله من المُكرمين وأشهرهم للعالمين إلى يوم الدين ورفع لهم ذكرهم وصارت أمم المسلمين يعلمون بالصحابة المكرمين الذين صدقوا محمد رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم وأشدوا أزره من قبل التمكين أما الذين أسلموا من بعد فتح مكة فهل تجدهم يستوون هم والذين آمنوا وصدقوا واتبعوا ونصروا من قبل أن يأتي الفتح المبين فلن تجدهم يستوون مثلاً وكلاً وعد الله الحسنى ولكن الفرق عظيم تصديقاً لقول الله تعالى:

    ((وَمَا لَكُمْ أَلَّا تُنفِقُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَلِلَّهِ مِيرَاثُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ لَا يَسْتَوِي مِنكُم مَّنْ أَنفَقَ مِن قَبْلِ الْفَتْحِ وَقَاتَلَ أُوْلَئِكَ أَعْظَمُ دَرَجَةً مِّنَ الَّذِينَ أَنفَقُوا مِن بَعْدُ وَقَاتَلُوا وَكُلّاً وَعَدَ اللَّهُ الْحُسْنَى وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ))
    صدق الله العظيم, [الحديد:10]

    Mereka itulah kaum yang menyambut cinta Allah dan mereka berlomba-lomba menggapai cinta-Nya, kedekatan-Nya dan kenikmatan redha Diri-Nya.

    Ataukah engkau berpendapat bahawa yang dinyatakan di situ adalah Syurga dan Neraka padahal
    di situ hanya cinta yang nyata disebutkan. Demikian ini kerana jihad mereka, infaq mereka dan seruan dakwah mereka ke Jalan Tuhan mereka adalah disebabkan oleh kecintaan mereka terhadap-Nya.


    Mereka loba akan kecintaan Tuhan mereka dan kedekatan dengan-Nya serta kenikmatan redha Diri-Nya sampailah Tuhan mereka redha, maka jadilah engkau termasuk kalangan mereka wahai saudara Ahmad Sya’ban.

    Jadilah engkau termasuk kalangan orang-orang yang bersyukur kerana Allah SWT telah menemukanmu dengan Seruan Dakwah Al-Mahdi Al-Muntazhar di waktu hiwar sebelum tiba waktu untuk muncul, dan jadilah engkau dikalangan mereka yang bersyukur kerana Allah SWT telah menjadikanmu berada pada umat yang telah diutus untuk mereka Al-Mahdi Al-Muntazhar.

    Tidakkah engkau lihat keadaan umat yang diutus pada mereka Muhammad SAW, tidakkah engkau lihat bahawa orang-orang yang membenarkan urusan Muhammad SAW, mereka meneguhkan kekuatannya pada permulaan urusan Nabi SAW, maka Allah SWT telah menjadikan mereka termasuk kalangan orang-orang yang dimuliakan dan dihormati, dan Allah SWT telah membuat mereka terkenal di seluruh alam hinggalah Hari Kiamat.

    Allah SWT juga telah meninggikan sebutan terhadap mereka, maka umat Islam dapat mengenal mereka para sahabat yang mulia, yang telah membenarkan Muhammad Rasulullah SAW serta meneguhkan kekuatannya sebelum datang kekuatan dan kemantapan.

    Adapun orang-orang yang masuk Islam sesudah Penaklukan Makkah, maka adakah engkau mendapati mereka itu sama dengan orang-orang yang telah beriman, membenarkan, mengikuti dan membantu Muhammad SAW sebelum datangnya kemenangan yang nyata, kerana engkau tidak akan menemukan mereka itu sama pada keadaan dan sifat semisal apapun, dan untuk masing-masing mereka Allah SWT menjanjikan pahala yang baik akan tetapi ada perbezaan besar pada masing-masing mereka itu, sebagai pembenaran terhadap firman Allah SWT:

    Dan mengapa kamu tidak menafkahkan [sebagian hartamu] pada jalan Allah, padahal Allah-lah yang mempusakai [mempunyai] langit dan bumi? Tidak sama di antara kamu orang yang menafkahkan [hartanya] dan berperang sebelum penaklukan [Mekah]. Mereka lebih tinggi derajatnya daripada orang-orang yang menafkahkan [hartanya] dan berperang sesudah itu. Allah menjanjikan kepada masing-masing mereka [balasan] yang lebih baik. Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan. (10)
    Maha Benar Allah
    (Al-Hadid)


    وكذلك في أمة المهدي المنتظر فلا يستوون مثلاً الذين صدقوا المهدي المنتظر في عصر الحوار من قبل الظهور وأشدوا أزره من قبل التمكين بالفتح المُبين ثم يؤمن الناس أجمعين من بعد الفتح المبين بالدخان المبين فيؤمنوا الناس أجمعين فهل ترونهم يستوون هم والذين صدقوا المهدي المنتظر وأشدوا ازره من قبل التمكين بالفتح المبين أم إنكم لا تعلمون بالفتح المبين للمهدي المنتظر بل والله الذي رفع السماء بلا عمد ترونها أن الفتح للمهدي المنتظر من رب العالمين لهو أعظم وأكبر فتح في تاريخ البشر فيظهر الله خليفته على كافة أمم البشر وهم صاغرون فهل ترونهم مكرمين الذين آمنوا بعد أن جاء الفتح المبين بسبب آية الدُخان المبين الذي يرتقب لها المهدي المنتظر من ربه ليظهره بها على العالمين الذين أعرضوا عن دعوته و استهانوا بأمره وهو خليفة الله عليهم يدعوهم إلى سبيل الله على بصيرة من ربه ذكر العالمين فإذا هم عن الحق معرضون عن الذكر الحكيم من قبل أن يأتي المهدي المنتظر ومن بعد أن بعثه الله إليهم ليذكرهم به فإذا أكثرهم عن الحق مُعرضون ولذلك نرتقب لآية الدخان المبين آية التصديق من رب العالمين ومن ثم يؤمن بالحق الناس أجمعين وذلك هو الفتح المبين تصديقاً لقول الله تعالى:
    ((‏فَارْتَقِبْ يَوْمَ تَأْتِي السَّمَاء بِدُخَانٍ مُّبِينٍ (10) يَغْشَى النَّاسَ هَذَا عَذَابٌ أَلِيمٌ (11) رَبَّنَا اكْشِفْ عَنَّا الْعَذَابَ إِنَّا مُؤْمِنُونَ)) صدق الله العظيم, [الدخان]

    Maka demikian jugalah pada umat Al-Mahdi Al-Muntazhar, tiadalah sama semisal apapun orang-orang yang telah membenarkan Al-Mahdi Al-Muntazhar pada masa hiwar sebelum masa muncul, yang meneguhkan kekuatannya sebelum tiba ketetapan dan kemantapan dengan kemenangan yang nyata, lalu kemudian seluruh manusia beriman.

    Setelah datangnya hari kemenangan yang nyata dengan Dukhan-kabut yang nyata dan seluruh manusia beriman, maka adakah engkau berpendapat bahawa mereka itu sama dengan orang-orang yang telah membenarkan Al-Mahdi Al-Muntazhar dan meneguhkan kekuatannya sebelum datang ketetapan dan kemantapan dengan kemenangan yang nyata, atau kalian tidak mengetahui apa itu kemenangan yang nyata untuk Al-Mahdi Al-Muntazhar.


    Demi Allah yang meninggikan langit tanpa tiang yang kalian lihat, sesungguhnya kemenangan untuk Al-Mahdi Al-Muntazhar dari Tuhan Semesta Alam adalah sebesar-besar kemenangan dalam sejarah manusia, di mana Allah SWT akan menzahirkan Khalifah-Nya atas seluruh umat sedang mereka dalam keadaan tertunduk patuh.

    Apakah engkau mengira mereka itu mulia, yakni orang-orang yang beriman setelah datang kemenangan yang nyata disebabkan tanda kabut yang nyata, yang ditunggu oleh Al-Mahdi Al-Muntazhar dari Tuhannya untuk menzahirkannya dengan tanda itu terhadap seluruh dunia, terhadap orang-orang yang berpaling dari seruan dakwahnya dan menganggap rendah urusannya lagi meremehkan, padahal dia adalah Khalifah Allah untuk mereka yang menyeru mereka ke Jalan Allah mengikuti Bashirah – petunjuk dan ilmu pengetahuan dari Tuhannya sebagai peringatan untuk seluruh dunia.


    Kerana ketika mereka berpaling terhadap kebenaran, yakni mereka mengabaikan Al-Qur’an sebelum Al-Mahdi Al-Muntazhar datang, lalu setelah Allah SWT mengutus Al-Mahdi kepada mereka untuk memberi peringatan kepada mereka dengan Al-Qur’an, maka tiba-tiba kebanyakan mereka mengabaikan dan berpaling dari kebenaran itu.

    Sebab itulah kami menunggu tanda kabut yang nyata, tanda pembenaran dari Tuhan Semesta Alam lalu sesudah itu manusia akan beriman seluruhnya dengan kebenaran. Maka demikian itulah kemenangan yang nyata, sebagai pembenaran terhadap firman Allah
    :

    Maka tunggulah hari ketika langit membawa kabut yang nyata. (10)

    yang meliputi manusia. Inilah azab yang pedih. (11)

    [Mereka berdo’a]: "Ya Tuhan kami, lenyapkanlah dari kami azab itu. Sesungguhnya kami akan beriman."
    Maha Benar Allah
    (Ad-Dukhan)


    فذلك هو الفتح الأكبر للمهدي المنتظر على كافة البشر فيظهره الله عليهم بآية العذاب الأليم فيهلك قرى ويعذب أخرى تصديقاً لقول الله تعالى:

    ((وَيَقُولُونَ مَتَى هَذَا الْفَتْحُ إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ (28) قُلْ يَوْمَ الْفَتْحِ لَا يَنْفَعُ الَّذِينَ كَفَرُوا إِيمَانُهُمْ وَلَا هُمْ يُنْظَرُونَ))
    صدق الله العظيم, [السجدة]

    Demikianlah kemenangan yang besar buat Al-Mahdi Al-Muntazhar ke atas seluruh manusia, maka Allah SWT akan menzahirkannya ke atas mereka dengan tanda azab yang pedih, yang membinasakan kota-kota dan mengazab yang lain, pembenaran terhadap firman Allah SWT:

    Dan mereka bertanya: "Bilakah kemenangan itu [datang] jika kamu memang orang-orang yang benar?" (28)

    Katakanlah: "Pada hari kemenangan itu tidak berguna bagi orang-orang kafir iman mereka dan tidak [pula] mereka diberi tangguh."
    Maha Benar Allah
    (As-Sajdah)


    فهل ترى أن الذين أنظروا إيمانهم من المسلمين حتى جاء الفتح المبين بآية العذاب الأليم فهل ترى أنهم سواء في التكريم عند الله وخليفته؟ هيهات هيهات.. ألا والله الذي لا إله غيره ربي وربكم أن الذين صدقوا المهدي المنتظر واتبعوه وأشدوا أزره ليجعلهم الله من المُكرمين ولمن المُقربين فكم يستوصيني بهم جدي وحبيبي محمد رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم وإنما ذلك مجرد بُشرى لهم في الدُنيا فكيف بالتكريم لهم عند ربهم فيجعلهم من أحبابه المقربين ويحشرهم على منابر من نور يوم يقوم الناس لرب العالمين يغبطهم الأنبياء والشهداء وهم ليسوا بأنبياء ولا شهداء بل استجابوا لداعي حُب الله فاجتمعوا في حب الله من مختلف دول العالمين وساعدوا المهدي المنتظر لتحقيق النعيم الأعظم حتى يكون الله راضي في نفسه وليس متحسراً ولا حزيناً على عباده الذين ضل سعيهم في الحياة الدُنيا وهم يحسبون أنهم يحسنون صنعاً فكن من الشاكرين وكن منهم يا أحمد شعبان كن من أتباع المهدي المنتظر لهدي البشر بالبصيرة الحق للذكر حُجة الله على البشر من رب العالمين ولا تكن من الذين فرقوا دينهم شيعاً من بعد ما جاءتهم البينات من ربهم وقالوا لا يعلم تأويله إلا الله وفرقوا دينهم شيعاً وتذكر يا أحمد شعبان قول الله تعالى:

    ((وَلاَ تَكُونُواْ كَالَّذِينَ تَفَرَّقُواْ وَاخْتَلَفُواْ مِن بَعْدِ مَا جَاءهُمُ الْبَيِّنَاتُ وَأُوْلَـئِكَ لَهُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ))
    صدق الله العظيم, [آل عمران:105]

    Adakah engkau berpendapat bahawa orang-orang yang menunda-nunda keimanan mereka dari kalangan muslimin, hingga tiba kemenangan nyata dengan tanda azab seksaan yang pedih, maka adakah engkau mengira bahawa mereka itu sama dalam kemuliaan dan kehormatan mereka di sisi Allah SWT dan di sisi Khalifah-Nya
    ?
    Jauh, jauh berbeza sama sekali..

    Ketahuilah demi Allah SWT yang tiada tuhan lain berhak disembah selain-Nya, Tuhanku dan Tuhan kalian, sesungguhnya orang-orang yang membenarkan Al-Mahdi Al-Muntazar, mengikutinya dan meneguhkan kekuatannya, maka sungguh kelak Allah SWT akan menjadikannya termasuk kalangan orang-orang yang dimuliakan dan dihormati lagi termasuk kalangan yang didekatkan-Nya.

    Betapa seringnya nendaku, kesayanganku Muhammad Rasulullah SAW berpesan kepadaku dengan memuji mereka, dan yang demikian ini hanyalah merupakan sebuah kepastian dari khabar gembira buat mereka di dunia, lalu bagaimana kelak dengan kemuliaan dan kehormatan bagi mereka nantinya di sisi Tuhan mereka, kerana Allah SWT akan menjadikan mereka termasuk kalangan para kekasih-Nya yang didekatkan-Nya.

    Allah akan mengumpulkan mereka di atas mimbar-mimbar dari cahaya pada hari berdirinya manusia menghadap Tuhan Alam Semesta, membuatkan para Nabi serta para Syuhada mencemburui mereka.

    Padahal mereka itu bukanlah dari kalangan para Nabi dan tidak juga dari kalangan Syuhada, namun mereka ini telah menyambut seruan orang yang mengajak mereka menuju cinta Allah, maka mereka berkumpul dan bergabung dalam kecintaan Allah dari pelbagai negara di dunia.

    Mereka membantu Al-Mahdi Al-Muntazar berjuang bagi merelisasikan Kenikmatan Teragung -An-Na’im Al-‘Adhom- agar Allah SWT redha dalam Diri-Nya, tidak kesal dan duka terhadap hamba-hamba-Nya, yakni orang-orang yang telah sia-sia perbuatan mereka dalam kehidupan dunia, sedang mereka sewaktu di dunia ini menyangka bahawa mereka telah berbuat sebaik-baiknya.

    Maka jadilah engkau termasuk kalangan orang-orang yang bersyukur, dan jadilah engkau termasuk kalangan mereka wahai saudara Ahmad Sya’ban, jadilah engkau termasuk kalangan pengikut Al-Mahdi Al-Muntazar, untuk membimbing dan menunjukkan manusia dengan bashirah ilmu pengetahuan haq bagi Al-Qur’an yang menjadi hujjah Allah terhadap mereka dari Tuhan Semesta Alam.

    Janganlah engkau menjadi termasuk kalangan orang-orang yang memecah-belahkan agama mereka menjadi berkelompok-kelompok, setelah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas dari Tuhan mereka lalu mereka mengatakan “Tidak ada yang mengetahui takwilnya selain Allah”, kemudian mereka bercerai-berai dalam agama mereka menjadi berpuak-puak.

    Oleh itu ingatlah wahai Ahmad Sya’ban, firman Allah SWT:

    Dan janganlah kamu menyerupai orang-orang yang bercerai-berai dan berselisih sesudah datang keterangan yang jelas kepada mereka. Mereka itulah orang-orang yang mendapat siksa yang berat, (105)
    Maha Benar Allah
    (Ali ‘Imron)


    فلا تكن سُني ولا تكن شيعي ولا تكن من أي فرقة من فرق المُسلمين الذين فرقوا دينهم شيعاً بل ادعِ إلى ربك بالبصيرة الحق من رب العالمين ولا تقل وأنا من الشيعة ولا السنة ولا غيرهم بل حنيفاً مُسلماً ولا تكن من المشركين ويا أحمد شعبان عجبي من أمركم فكيف تريدون أن تقنعوا العالم بدينكم وأنتم مختلفين فيه فلن يستجيبوا لكم لأنهم حين يرونكم مختلفين في دينكم يشكوا أن يكون هو الحق من ربكم ويذروكم ودينكم المختلفين ولن تقنعوا العالم بالدخول في دين الإسلام حتى تجتمعوا على كلمة واحده جميع المسلمين وتنبذوا الطعن في دين بعضكم بعضاً وذلك لان العالم الآخر ينظرون إلى المسلمين فإذ الشيعة يقولون إن السنة على ضلال وليس أهل السنة على شيء وكذلك أهل السنة يقولون إن الشيعة على ضلال وليست الشيعة على شيء وهم يتلون الكتاب كما كان يتلوه اليهود والنصارى وقال الله تعالى:

    ((وَقَالَتِ الْيَهُودُ لَيْسَتِ النَّصَارَى عَلَىَ شَيْءٍ وَقَالَتِ النَّصَارَى لَيْسَتِ الْيَهُودُ عَلَى شَيْءٍ وَهُمْ يَتْلُونَ الْكِتَابَ كَذَلِكَ قَالَ الَّذِينَ لاَ يَعْلَمُونَ مِثْلَ قَوْلِهِمْ فَاللّهُ يَحْكُمُ بَيْنَهُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فِيمَا كَانُواْ فِيهِ يَخْتَلِفُونَ))
    صدق الله العظيم, [البقرة:113]

    Maka janganlah engkau menjadi seorang Sunni, tidak pula menjadi seorang Syi’ah, janganlah engkau menjadi termasuk mana-mana kelompok dari sekian kelompok kaum muslimin, yang telah memecah-belahkan agama mereka menjadi berpuak-puak, namun serulah mereka ke jalan Tuhanmu dengan bashirah ilmu pengetahuan yang haq dari Tuhan Semesta Alam.

    Janganlah engkau mengatakan “Aku dari kelompok Syi’ah, atau mengatakan “Aku Ahli Sunnah” maupun dari kalangan selain mereka, namun katakanlah “Aku seorang yang lurus lagi berserah diri –haniifan musliman”, dan janganlah engkau termasuk kalangan musyrikin.

    Wahai saudara Ahmad Sya’ban, mengherankanku perkara kalian ini, bagaimana kalian ingin meyakinkan seorang ilmuwan terhadap agama kalian ini sedang kalian berselisih pendapat mengenainya, tentu sahaja mereka tidak akan menanggapi kalian.

    Ini kerana ketika mereka mendapati kalian ini saling berselisih pendapat dalam agama kalian, maka tentu sahaja mereka akan mengeluhkan rasa tidak puas hati bahawa agama ini adalah haq dari Tuhan kalian.

    Mereka akan meninggalkan kalian dan agama kalian yang berbeza-beza pendapat ini dan kalian tidak akan dapat meyakinkan ilmuwan tersebut untuk memeluk Islam, melainkan sekiranya kalian bersatu dibawah kalimah yang sama seluruh kaum muslimin, dan meninggalkan saling tuduh-menuduh, tikam-menikam dalam agama oleh sebahagian kalian terhadap sebahagian yang lain.

    Demikian ini kerana ada orang yang berilmu selain mereka yang melihat kaum muslimin ketika kelompok Syi’ah mengatakan “Sesungguhnya Ahli Sunnah sesat, mereka tidak dipandang beragama sedikitpun”, begitu juga kelompok Ahli Sunnah, mereka mengatakan senada “Sesungguhnya kelompok Syi’ah sesat, mereka tidak punya pegangan sama sekali”, padahal mereka semua membaca Al-Kitab - Al-Qur’an-, seperti orang-orang Nasrani dan Yahudi juga (yang membaca Taurat dan Injil).

    Allah SWT berfirman:

    Dan orang-orang Yahudi berkata: "Orang-orang Nasrani itu tidak mempunyai suatu pegangan", dan orang-orang Nasrani berkata: "Orang-orang Yahudi tidak mempunyai sesuatu pegangan," padahal mereka [sama-sama] membaca Al Kitab. Demikian pula orang-orang yang tidak mengetahui, mengatakan seperti ucapan mereka itu. Maka Allah akan mengadili di antara mereka pada hari kiamat, tentang apa-apa yang mereka berselisih padanya. (113)
    Maha Benar Allah
    (Al-Baqarah)


    أفلا تعلمون من يقصد الله بقوله تعالى:
    ((كَذَلِكَ قَالَ الَّذِينَ لاَ يَعْلَمُونَ مِثْلَ قَوْلِهِمْ)) صدق الله العظيم

    وإنه يقصد الشيعة والسنة أنهم قالوا كما قالت اليهود والنصارى:
    ((وَقَالَتِ الْيَهُودُ لَيْسَتِ النَّصَارَى عَلَىَ شَيْءٍ وَقَالَتِ النَّصَارَى لَيْسَتِ الْيَهُودُ عَلَى شَيْءٍ وَهُمْ يَتْلُونَ الْكِتَابَ))
    صدق الله العظيم

    وبرغم أنهم يتلون كتاب الله التوراة والإنجيل من قبل التحريف ولكنهم لم يقيموا التوراة والإنجيل والقرآن وقال الله تعالى:
    ((قُلْ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ لَسْتُمْ عَلَى شَيْءٍ حَتَّىَ تُقِيمُواْ التَّوْرَاةَ وَالإِنجِيلَ وَمَا أُنزِلَ إِلَيْكُم مِّن رَّبِّكُمْ وَلَيَزِيدَنَّ كَثِيراً مِّنْهُم مَّا أُنزِلَ إِلَيْكَ مِن رَّبِّكَ طُغْيَاناً وَكُفْراً فَلاَ تَأْسَ عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ)) صدق الله العظيم, [المائدة:68]

    Maka mengapakah kalian tidak memikirkan siapakah yang Allah SWT maksudkan pada firman-Nya:

    Demikian pula orang-orang yang tidak mengetahui, mengatakan seperti ucapan mereka itu.
    Maha Benar Allah

    Sesungguhnya yang dimaksudkan adalah kelompok Syi’ah dan Ahli Sunnah, bahawasanya mereka ini menyatakan sebagaimana pernyataan kaum Yahudi dan Nasrani:

    Dan orang-orang Yahudi berkata: "Orang-orang Nasrani itu tidak mempunyai suatu pegangan", dan orang-orang Nasrani berkata: "Orang-orang Yahudi tidak mempunyai sesuatu pegangan," padahal mereka [sama-sama] membaca Al Kitab.
    Maha Benar Allah

    Meskipun mereka membaca Kitabullah Taurat dan Injil sebelum terjadinya perubahan, akan tetapi mereka tidak melaksanakan dan menegakkan ajaran Taurat, Injil dan Al-Qur’an.

    Allah SWT berfirman:

    Katakanlah: "Hai Ahli Kitab, kamu tidak dipandang beragama sedikitpun hingga kamu menegakkan ajaran-ajaran Taurat, Injil dan Al Qur’an yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu". Sesungguhnya apa yang diturunkan kepadamu [Muhammad] dari Tuhanmu akan menambah kedurhakaan dan kekafiran kepada kebanyakan dari mereka; maka janganlah kamu bersedih hati terhadap orang-orang yang kafir itu. (68)
    Maha Benar Allah
    (Al-Maa’idah)


    وكذلك نقول لكم يامعشر الشيعة والسنة لستم على شيء جميعاً حتى تقيموا كتاب الله القرآن العظيم أفلا تعقلون! فاتقوا الله واتبعوا الإمام المهدي الذي يهديكم إلى الحق ويحكم بينكم بإذن الله فيما كنتم فيه تختلفون لعلكم تتقون وكذلك يامعشر الفرق الأخرى من الذين فرقوا دينهم شيعاً من المسلمين فلا تحسبوا المهدي المنتظر راضي عليكم كونه دائماً مركّز على السنة والشيعة وإنما نركّز عليهم لأن أشد العداوة والبغضاء بين المسلمين هي بين الشيعة والسنة فيلعن بعضهم بعضاً ويفتي بعضهم بقتل بعض وضلوا ضلالاً كبيراً وهم من أكبر الفرق الإسلامية الذين فرقوا دينهم شيعاً فاتقوا الله جميعاً يا أمة الإسلام يا حُجاج بيت الله الحرام و استجيبوا لداعي الله وأطيعوا أمر الله في محكم كتابه:
    ((أَنْ أَقِيمُوا الدِّينَ وَلَا تَتَفَرَّقُوا فِيهِ)) صدق الله العظيم, [الشورى:13]

    Maka demikian juga kami katakan kepada kalian wahai sekalian Syi’ah dan Ahli Sunnah, kalian tidak punya pegangan yang benar sama sekali semuanya kecuali kalian menegakkan dan melaksanakan ajaran Kitabullah Al-Qur’an yang agung, mengapakah kalian tidak memikirkan
    !

    Bertakwalah, takutlah kalian kepada Allah, dan ikutlah Al-Imam Al-Mahdi yang menuntun kalian menuju kebenaran, yang menghukumi dan membuat keputusan di antara kalian dengan izin Allah, pada segala sesuatu yang kalian saling berselisih mengenainya mudah-mudahan kalian bertakwa.

    Begitu juga wahai sekalian kelompok selain mereka (selain Syi’ah dan Ahli Sunnah), dari kalangan orang-orang yang memecah-belahkan agama mereka menjadi kelompok-kelompok dari kalangan kaum muslimin, janganlah kalian menyangka Al-Imam Al-Mahdi menyetujui kalian kerana Imam selalu memberi tumpuan kepada Ahli Sunnah dan Syi’ah.

    Sesungguhnya kami memberikan tumpuan dan fokus terhadap mereka, kerana sebesar-besarnya permusuhan dan kebencian yang ada di antara kaum muslimin adalah di antara kelompok Syi’ah dan Ahli Sunnah, di mana sebahagian mereka saling melaknat, mengutuk antara satu sama lain, hinggakan sebahagian mereka berfatwa untuk membunuh sebahagian yang lain, kerana itu mereka benar-benar dalam kesesatan yang nyata.

    Padahal mereka (Syi’ah dan Sunni) adalah bahagian kelompok terbesar Islam yang memecah-belahkan agama mereka, bercerai-berai dalam urusan agama menjadi berkelompok-kelompok, oleh itu bertakwalah kepada Allah kalian semuanya wahai umat Islam, wahai para jemaah haji di Baitullah Al-Haram.

    Sambutlah seruan penyeru ke jalan Allah dan patuhilah perintah Allah SWT pada Muhkam Kitab-Nya:

    Tegakkanlah agama dan janganlah kalian berpecah belah mengenainya.
    Maha Benar Allah
    (Asy-Syuuraa)


    ((وَلَا تَكُونُوا مِنَ الْمُشْرِكِينَ (31) مِنَ الَّذِينَ فَرَّقُوا دِينَهُمْ وَكَانُوا شِيَعًا كُلُّ حِزْبٍ بِمَا لَدَيْهِمْ فَرِحُونَ)) صدق الله العظيم, [الروم:32]

    ((إِنَّ الَّذِينَ فَرَّقُواْ دِينَهُمْ وَكَانُواْ شِيَعاً لَّسْتَ مِنْهُمْ فِي شَيْءٍ إِنَّمَا أَمْرُهُمْ إِلَى اللّهِ ثُمَّ يُنَبِّئُهُم بِمَا كَانُواْ يَفْعَلُونَ)) صدق الله العظيم, [الأنعام:159]

    ((وَلاَ تَكُونُواْ كَالَّذِينَ تَفَرَّقُواْ وَاخْتَلَفُواْ مِن بَعْدِ مَا جَاءهُمُ الْبَيِّنَاتُ وَأُوْلَـئِكَ لَهُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ))
    صدق الله العظيم, [آل عمران:105]

    dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang mempersekutukan Allah, (31) yaitu orang-orang yang memecah belah agama mereka dan mereka menjadi beberapa golongan. Tiap-tiap golongan merasa bangga dengan apa yang ada pada golongan mereka. (32)
    Maha Benar Allah
    (Ar-Ruum)

    Sesungguhnya orang-orang yang memecah belah agamanya dan mereka [terpecah] menjadi beberapa golongan, tidak ada sedikitpun tanggung jawabmu terhadap mereka. Sesungguhnya urusan mereka hanyalah [terserah] kepada Allah, kemudian Allah akan memberitahukan kepada mereka apa yang telah mereka perbuat. (159)
    Maha Benar Allah
    (Al-An’aam)

    Dan janganlah kamu menyerupai orang-orang yang bercerai-berai dan berselisih sesudah datang keterangan yang jelas kepada mereka. Mereka itulah orang-orang yang mendapat siksa yang berat, (105)
    Maha Benar Allah
    (Ali ‘Imron)


    فلماذا يامعشر المُسلمين تضربوا بأمر الله المحكم في آيات أم الكتاب البينات بعرض الحائط وكأنكم لم تسمعوها أو كأنكم لا تعلموها أفلا تخافون الله وعذابه أم إنكم لا تعلمون ما هو ضرر التفرق في الدين على الدين وذلك لأن العالمين لن يصدقوا دين الإسلام ولن يتبعوه وهم يرون أنكم مختلفين فيه ويكفّر بعضكم بعضاً ويلعن بعضكم بعضاً ويا سُبحان ربي فكيف تريدون إقناع الناس بدين الله دين الإسلام فيدخلوا فيه أفلا تعقلون !! بل قولوا لأنفسكم وأهل الكتاب والناس أجمعين يا أيها الناس أجيبونا من خلق السماوات والأرض ومعلوم جوابهم سيقولون الله وقال الله تعالى:
    ((وَلَئِنْ سَأَلْتَهُمْ مَنْ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَسَخَّرَ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ لَيَقُولُنَّ اللَّهُ فَأَنَّى يُؤْفَكُونَ)) صدق الله العظيم, [العنكبوت:61]

    Maka mengapakah kalian wahai sekalian kaum muslimin, kalian mencampakkan ke tepi dan memandang kecil perintah Allah SWT yang Muhkam dalam ayat-ayat Ummul Kitab yang jelas lagi menjelaskan, seakan-akan kalian tidak mendengarkannya atau seolah-olah kalian tidak mengetahuinya, mengapakah kalian tidak bertakwa kepada Allah dan tidak merasa takut terhadap azab-Nya, atau kalian tidak mengetahui apa keburukan tidak bersatu dan berpecah-belah dalam beragama terhadap agama tersebut.

    Demikian itu kerana seluruh dunia tidak akan membenarkan agama Islam dan mereka tidak akan mengikutinya, kerana mereka mendapati kalian saling berselisih dan berbeza-beza pendapat dalam beragama, hinggakan sebahagian kalian saling kafir-mengkafirkan sebahagian yang lain dan saling laknat-melaknati antara satu sama lain.

    Aduhai Maha Suci Tuhanku, lalu bagaimana kalian mahu meyakinkan manusia terhadap agama Allah, bagaimana mereka mahu menerima dan memeluk agama Islam ini, mengapakah kalian tidak memikirkan
    !!

    Bahkan tanyakan pada diri kalian sendiri, kepada ahli kitab, dan kepada manusia seluruhnya, wahai manusia jawablah pertanyaan kami, siapakah yang menciptakan langit dan bumi, tentu maklum jawaban mereka itu, mereka akan mengatakan Allah-lah yang menciptakan itu semua.

    Firman Allah SWT:

    Dan sesungguhnya jika kamu tanyakan kepada mereka: "Siapakah yang menjadikan langit dan bumi dan menundukkan matahari dan bulan?" Tentu mereka akan menjawab: "Allah", maka betapakah mereka [dapat] dipalingkan [dari jalan yang benar]. (61)
    Maha Benar Allah
    (Al-‘Ankabut)


    فكيف تفترون آلهة تعبدوها غير الله وهو الذي خلقكم وخلق السماوات والأرض فتعالوا إلى كلمةً سواء بين العالمين أن لا نعبد إلا الله ولا نشرك به شيئاً ولا يتخذ بعضنا بعضاً أرباباً من دون الله فإن أجابوا دعوتكم فقد اهتدوا ولا يغفر الله أن يشرك به فركزوا في دعوتكم على ذلك تفلحوا فإذا أخلصوا لربهم بصّر الله قلوبهم فما خطبكم تنسون الله والدعوة إليه وتدعون إلى فرقكم وشيعكم أفلا تتقون !! فما خطبكم لا تفقهون قولاً ولا تهتدون سبيلاً !! فكيف إني أحاجكم بآيات بينات وما يكفر بها إلا الفاسقون من أهل الكتاب فما خطبكم تفعلون مثلهم وتحذون حذوهم وقال الله تعالى:
    ((وَلَمَّا جَاءَهُمْ رَسُولٌ مِنْ عِنْدِ اللَّهِ مُصَدِّقٌ لِمَا مَعَهُمْ نَبَذَ فَرِيقٌ مِنَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ كِتَابَ اللَّهِ وَرَاءَ ظُهُورِهِمْ كَأَنَّهُمْ لا يَعْلَمُونَ))
    صدق الله العظيم, [البقرة:101]

    Bagaimana kalian ini dapat mengada-adakan tuhan-tuhan lain yang kalian sembah selain Allah, padahal Dia-lah yang telah menciptakan kalian, yang menciptakan langit dan bumi.

    Oleh itu kemarilah kalian kepada kalimah yang sama tidak ada perselisihan di antara seluruh penduduk dunia, bahawa agar kita semua tidak menyembah selain Allah dan tidak syirik terhadap-Nya dengan sesuatu apapun, dan agar sebahagian kita tidak menjadikan sebahagian yang lain sebagai tuhan-tuhan selain Allah.

    Sekiranya mereka menyambut dakwah dan menyahut seruan kalian, sesungguhnya mereka telah mendapat petunjuk, kerana Allah SWT tidak akan mengampunkan dosa syirik, jadi berikan tumpuan dan fokus dalam seruan dakwah kalian terhadap yang demikian, pasti kalian akan berjaya, kerana apabila mereka telah ikhlas dan memurnikan ketaatan mereka kepada Tuhan mereka, maka Allah SWT akan menerangi hati-hati mereka.

    Jadi apa pula urusan kalian hinggakan kalian melupakan Allah dengan melupakan seruan dakwah menuju kepada-Nya, di mana kalian menyeru dan berdakwah menuju kepada perbezaan kalian dan golongan kalian mengapakah kalian tidak bertakwa kepada Allah
    !!

    Apa hal kalian ini tidak memahami ucapanku dan tidak mengetahui jalan kebenaran
    !!

    Bagaimana ini sedang aku menghujjah kalian dengan ayat-ayat yang jelas lagi menjelaskan, yang tidak ada sesiapa yang mengingkarinya kecuali orang-orang yang fasik dari kalangan ahli kitab, ada apa dengan kalian ini hinggakan berbuat seperti perlakuan mereka dengan mengikuti langkah dan telunjuk mereka, sedangkan Allah SWT berfirman:

    Dan setelah datang kepada mereka seorang rasul dari sisi Allah yang membenarkan apa [kitab] yang ada pada mereka, sebahagian dari orang-orang yang diberi Kitab [Taurat] melemparkan Kitab Allah ke belakang [punggung]nya seolah-olah mereka tidak mengetahui [bahwa itu adalah Kitab Allah]. (101)
    Maha Benar Allah
    (Al-Baqarah)


    فهل اتبعتموهم حتى ردوكم من بعد إيمانكم كافرين أم ما خطبكم وماذا دهاكم وقال الله تعالى:
    ((إِنَّكَ لَا تُسْمِعُ الْمَوْتَى وَلَا تُسْمِعُ الصُّمَّ الدُّعَاء إِذَا وَلَّوْا مُدْبِرِينَ (80) وَمَا أَنتَ بِهَادِي الْعُمْيِ عَن ضَلَالَتِهِمْ إِن تُسْمِعُ إِلَّا مَن يُؤْمِنُ بِآيَاتِنَا فَهُم مُّسْلِمُونَ (81)وَإِذَا وَقَعَ الْقَوْلُ عَلَيْهِمْ أَخْرَجْنَا لَهُمْ دَابَّةً مِّنَ الْأَرْضِ تُكَلِّمُهُمْ أَنَّ النَّاسَ كَانُوا بِآيَاتِنَا لَا يُوقِنُونَ))
    صدق الله العظيم, [النمل]

    Adakah kalian mengikuti mereka agar mereka dapat mengembalikan kalian menjadi kafir setelah kalian beriman, atau apa masalahnya, bala apa yang menimpa kalian, Allah SWT berfirman:

    Sesungguhnya kamu tidak dapat menjadikan orang-orang yang mati mendengar dan [tidak pula] menjadikan orang-orang yang tuli mendengar panggilan, apabila mereka telah berpaling membelakang. (80)

    Dan kamu sekali-kali tidak dapat memimpin [memalingkan] orang-orang buta dari kesesatan mereka. Kamu tidak dapat menjadikan [seorang pun] mendengar, kecuali orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami, lalu mereka berserah diri. (81)

    Dan apabila perkataan telah jatuh atas mereka, Kami keluarkan Dabbah dari bumi yang akan mengatakan kepada mereka, bahwa sesungguhnya manusia dahulu tidak yakin kepada ayat-ayat Kami. (82)
    Maha Benar Allah
    (An-Naml)


    أخوكم الإمام المهدي ناصر محمد اليماني

    Saudara kalian Al-Imam Al-Mahdi
    Naser Mohammed Al-Yamani
    ________

    sumber:
    https://albushra-islamia.org./showthread.php?p=5160


المواضيع المتشابهه
  1. Balasan Al Imam Al Mahdi Kepada Saudaraku Yang Mulia, Ahmad As Sudany..
    بواسطة Risalah Allah في المنتدى Melayu
    مشاركات: 0
    آخر مشاركة: 09-12-2019, 10:27 AM
  2. مشاركات: 0
    آخر مشاركة: 23-10-2017, 08:38 PM
  3. Allah tidak memerintahkan kita melakukan I’tikaf berdiam menetap di rumah-rumah Allah
    بواسطة chilmi hasbullah في المنتدى Melayu
    مشاركات: 0
    آخر مشاركة: 19-06-2017, 11:55 PM
  4. مشاركات: 0
    آخر مشاركة: 13-02-2016, 12:10 AM
  5. Kepada yang mengakui peletupan Ka'bah Rumah Allah..
    بواسطة أبو عزرا في المنتدى Melayu
    مشاركات: 0
    آخر مشاركة: 29-05-2015, 01:36 AM
ضوابط المشاركة
  • لا تستطيع إضافة مواضيع جديدة
  • لا تستطيع الرد على المواضيع
  • لا تستطيع إرفاق ملفات
  • لا تستطيع تعديل مشاركاتك
  •